Israel bedil Syria pula

Israel bedil Syria pula

Tentera Israel mendakwa memusnahkan infrastruktur tentera di dalam Syria, meningkatkan kebimbangan perang terhadap Palestin boleh mencetuskan konflik lebih besar.

“Sebentar tadi, jet pejuang IDF (Kementerian Pertahanan Israel) menyerang kemudahan pelancar yang menembak wilayah Israel dari wilayah Syria malam tadi,” kata IDF.



Menurut penyiar awam Israel Kan News, tentera tidak memberikan butiran lanjut dan hanya menyatakan, serangan berlaku berhampiran Daraa.

Kebimbangan semakin meningkat mengenai kesan serantau ekoran perang Israel ke atas Gaza.

Ini berikutan berlaku rentetan serangan ke atas tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Syria serta peningkatan tembak balas di antara Hezbollah dan tentera Israel di sempadan Lubnan, sejak konflik Gaza bermula.

Semalam, tentera Israel turut berkata, mereka menyerang sasaran Hezbollah di Lubnan sebagai tindak balas kepada tembakan roket.



Serang balas rentas sempadan dengan Hezbollah berlaku hampir setiap hari sejak 7 Oktober lalu, apabila pejuang Hamas dari Gaza menyerbu selatan Israel.

Israel bertindak balas dengan pengeboman tanpa henti ke atas Gaza dan membunuh lebih 8,000 orang, hampir separuh daripadanya kanak-kanak.

Menurut pengiraan AFP, sejak serangan itu bermula, keganasan rentas sempadan membunuh sekurang-kurangnya 59 orang di Lubnan, kebanyakannya pejuang Hezbollah, termasuk empat orang awam serta seorang wartawan.

Pegawai Israel pula hanya melaporkan empat kematian, termasuk seorang orang awam.



Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi, hampir 29,000 orang sudah kehilangan tempat tinggal di Lubnan akibat pertempuran itu. BH

Israel bedil Syria pula

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker