Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib

Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib

Datuk Seri Najib Razak bertegas bukan ‘tanggungjawab’ beliau untuk menyiasat kelayakan mantan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum menghakimi perbicaraan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dalam afidavit difailkan Jumaat lepas berkata, beliau agak terkejut apabila mengetahui pihaknya dikehendaki menjalankan ‘usaha wajar’ ke atas Mohd Nazlan sebelum bicara.



Portal FMT melaporkan, Najib menjawab dua afidavit pendakwaan yang telah difailkan dua bulan lepas yang membantah permohonannya untuk membicarakan kes penyewelengan dana SRC bernilai RM42 juta.

“Adalah sesuatu yang asing sepenuhnya dan sebenarnya idea yang sangat memeranjatkan bahawa sesuatu pihak dikehendaki menjalankan ‘usaha wajar’ ke atas hakim Mahkamah Tinggi sebelum perbicaraan,” katanya.

Hujah Najib, Mohd Nazlan terlibat secara rapat dengan kemudahan pinjaman oleh Maybank kepada 1MDB ketika hakim itu berkhidmat sebagai penasihat peguam dan Setiausaha syarikat perbankan itu.

Kata afidavit Najib lagi, pihak pendakwaan sebenarnya mempunyai kewajipan untuk mendedahkan fakta yang memihak kepadanya termasuk sebarang maklumat yang diperolehi dari siasatan SPRM yang mencadangkan adanya konflik kepentingan di pihak Mohd Nazlan.



Najib yang merayu untuk peluang terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bermula 15 hingga 26 Ogos ini bagi penentuan nasib selepas perbicaraan selama 76 hari menarik perhatian dunia.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC.

Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuannya berhubung pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, yang didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan Jho Low menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC.

Pada 29 Julai pula, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding rayuan SRC.



Ini kerana Najib memberhentikan khidmat peguam utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan firma guaman Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dan melantik barisan peguam diketuai peguam senior kes jenayah, Hisyam Teh Poh Teik bersama-sama Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam sehari selepas itu.

Najib itu turut melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguamcara baharu.

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Queen’s Counsel (QC) atau Peguam Diraja dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir kes berkenaan.

Pada 25 Januari lalu, Najib melalui Muhammad Shafee dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara, memohon supaya Najib dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom. MG



Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu



Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker