Kenapa Mat Sabu Dan Liew Chin Tong Tidak Dipanggil Beri Keterangan Pada PAC

Oleh Tun Teja

SECARA logiknya Bekas Menteri Pertahanan Pakatan Harapan(PH) YB Haji Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Bekas Timbalan Menteri Pertahanan PH, Liew Chin Tong sepatutnya dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Mereka menjalankan kajian daya maju (due diligence) yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk pembinaan lima kapal Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan selepas PH ditumbangkan,beliau berkata, projek LCS hilang hala tuju selepas PH mengambil alih pucuk pimpinan negara selama 22 bulan kerana segala kerja terhenti disebabkan projek tersebut dipenuhi dengan siasatan.

Akibat kegagalan kerajaan terdahulu membuat keputusan yang tidak cekap pada tahun 2018, ia telah mencetuskan kemelut baharu iaitu peningkatan kerugian dalam korporat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) ekoran penangguhan kepada vendor-vendor Bumiputera dan juga tenaga kerja.

Malah kerugian RM50 juta setiap bulan akibat penangguhan ini juga memberi kesan buruk kepada tabung LTAT dan 130 ribu pencarumnya. Kelemahan dan kegagalan bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu untuk melihat impak jangka panjang inilah yang telah mengakibatkan apa yag terjadi sekarang ini.

Jika tiada gangguan dari kerajaan PH pada ketika itu, kapal LCS 1 dapat diserahkan selewat-lewatnya antara akhir 2020 – pertengahan 2021. Dan kerajaan masih boleh mengenakan LAD ke atas kontraktor.

Oleh itu, kenapa bekas Menteri Pertahanan PH Mat Sabu dan Timbalan beliau Liew Chin Tong tidak dipanggil oleh PAC bagi menjelaskan tindakan kerajaan PH?

Berdasarkan laporan 169 mukasurat (tak termasuk lampiran) laporan PAC berkenaan ‘skandal’ kapal LCS, para penganalisis politik berpendapat :-

1. Laporan ini langsung tidak menunjukkan adanya money trail ataupun rasuah yang berlaku antara kontraktor dan Menteri. Yang dilaporkan sebagai punca kelewatan adalah masalah koordinasi yang berlaku antara kontraktor BNS, TLDM dan pengeluar OEM di Perancis. Boleh rujuk ms 12

2. Dirumuskan bahawa 15% daripada stok bernilai RM1.7 bilion sudah usang (obsolete). Tetapi tidak pula dinyatakan adakah kerana ia berlaku kerana tempahan terlalu awal atau kerana projek disejukbekukan / ditangguh antara akhir 2018 – akhir 2021 (hampir 3 tahun). Kalau 3 tahun tangguh memanglah teknologi boleh obsolete.
Dan stok RM1.7 bilion ini hanya sebahagian sahaja dibayar kerajaan. Boleh rujuk ms 109.

3. Ada anggota PAC tulis di Facebook bahawa RM6 bilion hangus tapi pelan pun tak ada. Saya ingat anggota PAC ini sendiri tak baca laporan atau tak ingat apa yang dia baca.

Dalam ms 58 dinyatakan pelan binaan (construction plan) memang dah siap dan lulus. Pelan perincian (detail drawing) pun dah siap. Cuma pembekal OEM di Perancis belum luluskan. Jadi macammana boleh kata pelan tak ada?

4. Ada ahli politik yang tuduh kontraktor BNS ini kroni sebab tidak dikenakan denda lewat (Liquidated & Ascertained Damages – LAD). Ahli politik ini mungkin tidak faham pengurusan kontrak.
LAD hanya boleh dikenakan jika projek gagal siap melebihi tempoh kontrak DAN berlaku disebabkan oleh kelemahan kontraktor. Tapi jika ia lewat kerana arahan SO atau force majeure contohnya, kontraktor berhak kepada tambahan masa (Extension of time – EOT) dan pampasan (Loss & Expenses).

Dalam isu kapal LCS 1, ia sepatutnya diserah pada April 2019. Dan disebabkan kerajaan antara 2018 -2019 melambat dan membeku projek tersebut, masuklah mahkamah mana pun memang kontraktor akan menang tuntutan EOT.
Peliknya, perkara sebegini juga tiada dalam laporan PAC

5. Tiada tambahan kos kepada kontrak asal. Malahan pada ms 13 disebutkan bahawa Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah meminta Kementerian Pertahanan menangguhkan projek jika kos projek melebihi RM9 bilion (kontraktor minta RM10b). Kos RM9b itu kekal.

6. Isu terlebih bayar juga sebenarnya tidak begitu kuat. Ini kerana walaupun progress fizikal tak sampai dengan progress bayaran, tetapi kerajaan masih boleh bayar berdasarkan aktiviti atau material.
Benda ini sebenarnya amalan normal dalam industri penbinaan. Biasanya kita bayar atas nama ‘material on site’ (barang di tapak). Contohnya katalah ada switchgear sampai di tapak bina, konsultan sudah boleh luluskan bayaran senilai dengan material walaupun ia belum dipasang.

7. Kelewatan projek ini memang berlaku pada zaman BN. Tetapi ia menjadi parah apabila kerajaan PH melambat dan membeku projek tersebut pada zaman mereka atas alasan siasatan. Sedangkan siasatan ini sebenarnya boleh dibuat secara concurrent dengan pembinaan kapal. Berdasarkan rancangan BNS, jika tiada gangguan dari kerajaan PH pada ketika itu, kapal LCS 1 dapat diserahkan selewat-lewatnya antara akhir 2020 – pertengahan 2021). Dan kerajaan masih boleh mengenakan LAD ke atas kontraktor.

Kesimpulannya, Bekas Menteri Pertahanan Pakatan Harapan(PH) Mat Sabu dan Bekas Timbalan Menteri Pertahanan PH, Liew Chin Tong sepatutnya dipanggil oleh PAC memandangkan tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan PH 22 bulan yang menyebabkan punca segala masalah ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker