Perkasakan Muafakat Nasional lebih bermaruah daripada menyertai khemah besar PH – Bekas Pesuruhjaya PAS

MELAKA: Pas hanya mempunyai dua pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu bertanding secara solo atau memperkasakan kembali Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO.

Itu penegasan bekas Pesuruhjaya Pas Melaka kepada Utusan Malaysia, Datuk Kamarudin Sidek.

Beliau berkata, dua pilihan itu dilihat lebih bermaruah berbanding menyertai ‘khemah besar’ seperti disyorkan DAP dan Pakatan Harapan (PH).



Jika tidak kata beliau, masyarakat khususnya ahli Pas akan melihat parti itu tidak mempunyai pendirian politik yang jelas kerana mengambil keputusan bersama pembangkang semata-mata untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Saya secara peribadi berpandangan tidak perlu sertai khemah besar. Ini kerana tidak ada satu pun kenyataan daripada kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti bahawa MN telah terbatal.

“Saya rasa dalam keadaan sekarang ini kemungkinan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) ingin bawa Pas dalam khemah besar selepas melihat kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. Mana-mana pucuk pimpinan parti akan berfikir untuk selamatkan parti sendiri dan tidak melihat kepentingan parti orang lain.

“Justeru, Pas terpaksa buat keputusan yang jelas dan semua pemimpin kena buat kenyataan yang sama serta beri penegasan kepada ahli berhubung perkara ini. Bertanding solo atau perkasa MN lebih bermaruah daripada bergabung di bawah khemah besar,” katanya ketika dihubungi.



Isu khemah besar mendapat reaksi positif daripada kepemimpinan tertinggi Bersatu yang rata-ratanya mahu cadangan itu dipertimbangkan, sekali gus meletakkan Pas dalam dilema.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya kekal dengan pendirian menyokong pendekatan perpaduan ummah, lantas menolak kerjasama khemah besar dengan PH dalam PRU15.

Dalam pada itu, tambah Kamarudin, meskipun beberapa kenyataan pimpinan Pas dan UMNO seolah-olah sukar untuk terus mewujudkan MN, perlu diingat bahawa masih ada lagi kelompok terutama akar umbi yang kekal berharap kerjasama itu diteruskan.

Menurut beliau, contohnya di Melaka, rata-rata penyokong peringkat bawahan tetap setia mengharapkan kerjasama MN berlaku.



“Saya juga ada berjumpa dengan beberapa kepemimpinan UMNO Melaka dan mereka juga berharap sedemikian. MN perlu diperkukuhkan dan berharap ia akan diusahakan demi kelangsungan politik Pas itu sendiri,” jelasnya.

Perkasakan Muafakat Nasional lebih bermaruah daripada menyertai khemah besar PH – Bekas Pesuruhjaya PAS

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker