Jurulatih bola tampar perlu didakwa mengikut undang-undang

Tangkap layar kejadian dua murid sekolah ditampar oleh individu dipercayai jurulatih pasukan bola tampar baru-baru ini.

Biro Guaman dan Undang-undang Wanita PKR menyeru atlet yang mengalami penderaan supaya tampil mendapatkan bantuan.

Ini berikutan kemarahan orang ramai terhadap seorang jurulatih yang menampar dua pemain bola tampar wanita semasa kejohanan bawah 14 tahun pada 16 Dis tahun lepas.

Biro Wanita PKR itu berkata serangan tersebut merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM2,000, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

“Malahan, Wanita PKR berpendapat bahawa tindakan ini merupakan satu eksploitasi kepada kanak-kanak di bawah umur,” katanya pada satu kenyataan hari ini.



Biro Wanita PKR itu juga menggesa siasatan bebas menyeluruh mengenai isu ini daripada pihak berkuasa, termasuk polis, Kementerian Pendidikan, Kementeria Belia dan Sukan serta persatuan sukan.

“Siasatan ini juga penting bagi memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi, dalam apa-apa ruang sekalipun serta bagi memberi satu mesej yang jelas bahawa kekerasan dan penderaan fizikal bukanlah sesuatu yang normal dan tidak patut diamalkan oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak di bawah umur yang sepatutnya mendapat sokongan dan perlindungan.

“Wanita PKR juga menyeru agar mana-mana pemain yang pernah menghadapi situasi seperti ini bolehtampil ke hadapan dan mendapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya dan jaminan perlindungan hendaklah diberikan kepada mangsa supaya isu seperti ini tidak menjadi satu isu yang ditutup atau digelapkan oleh mana-mana pihak,” katanya lagi.

Kejadian menampar itu sempat dirakam dalam video Persatuan Bola Tampar Malaysia mengenai perlawanan antara pasukan Melaka dan Johor.



Perkara itu mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang memberi jaminan akan melakukan siasatan bebas.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof



Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker