Tujuh beradik yatim piatu enggan pindah, rindu kubur ibu bapa
TELUK INTAN: “Kami tak mahu berpindah ke tempat lain, kami mahu terus tinggal di sini kerana lebih dekat dan senang untuk ziarah kubur ibu bapa.”
Anak sulung daripada tujuh adik-beradik, Nurallesyah Balqis Mohd. Azman, 18, berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mahu mereka berpindah ke Rumah Anak Yatim Soleha, Tanjung Tualang, namun dia dan adik-beradiknya keberatan kerana mahu berdekatan bersama emak saudara di Sungai Manik, di sini..
Katanya, pada masa ini mereka dia dan adik-adiknya yang berusia lima hingga 15 tahun menyewa di Taman Sri Bahagia.
“Emak saudara kami itu seorang yang sangat memahami kami, lagi pun dia tidak mempunyai anak sendiri, dia juga pernah mempelawa kami tinggal dengannya sebelum ini.
“Jika kami tinggal dengan makcik kami di Sungai Manik, ini akan lebih memudahkan kami tujuh beradik menziarah kubur emak di Sungai Suli Kampung Bahagia manakala kubur abah di Parit 1, Sungai Manik.
“Emak saudara kami itu bernama Nazlina Omar, dia adik beradik sebelah arwah emak, jadi dia benar-benar faham keadaan kami. Dia boleh menjaga kami kerana dia adik beradik sebelah arwah emak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Selepas kematian ibu bapa, tujuh beradik itu tinggal dengan emak saudara mereka di Kampung Bahagia, di sini.
Namun disebabkan semakin meningkat dewasa, mereka merasakan tidak manis tinggal di rumah emak saudara untuk keselesaan lalu menyewa rumah.
Nurallesyah Balqis berharap JKM membenarkan mereka menyambut hari raya di sini.
“Kami nak menziarah kubur ibu bapa kami pada hari raya nanti,” katanya.
Mengenai persiapan hari raya, Nurallesyah Balqis berkata, mereka mendapat bantuan dan sumbangan hari raya termasuk baju raya.
“Hari raya kali ini suram buat kami kerana kehilangan ibu bapa,” katanya.
Nurallesyah Balqis menjaga adik-adiknya, Nur Alleyana Darwina, 15; Nurallesyazwani Sofea, 13; Nurallyqalesyah Damia, 11; Nurallyfarisyah Najwa, 9; Nurallyshafirah Umairah, 7, dan adik bongsunya, Muhammad Harraz Erfan berusia lima tahun.
Bapa tujuh beradik itu, Mohd. Azman Tabri, 42, meninggal dunia pada 2019 dan Jun lalu, ibu mereka, Noor Suidah Omar, 43, akibat masalah kesihatan. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan