SPRM Tiada Kekangan Siasat Pegawai Badan Awam

SPRM Tiada Kekangan Siasat Pegawai Badan Awam

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa mereka bertanggungjawab mengesahkan dan menyiasat sesuatu laporan atau aduan rasmi yang telah dibuat melibatkan perkara termaktub di bawah bidang kuasa suruhanjaya berkenaan.

SPRM menerusi satu kenyataan berkata, suruhanjaya berkenaan ingin menjelaskan isu berkaitan siasatan terhadap seorang hakim yang dibangkitkan oleh segelintir pihak sehingga mendapat perhatian umum baru-baru ini.



“SPRM telah diberikan kuasa untuk menyiasat kes jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009 termasuk siasatan terhadap ‘pegawai badan awam’ yang ditafsirkan dalam Seksyen 3 akta tersebut sebagai mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam, termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.

“Ia termasuk juga mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam, dan jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, setelah semua proses siasatan selesai dilakukan, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada melakukan pendakwaan atau sebaliknya.

“SPRM juga telah mempunyai rekod menyiasat hakim yang mana kertas siasatan berkaitan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat penilaian.



Tambah kenyataan itu, harus dijelaskan bahawa apabila sesuatu siasatan dijalankan terhadap mana-mana individu, ia tidak bermakna individu tersebut telah melakukan kesalahan.

“SPRM memohon masyarakat umum memberi ruang untuk proses siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, beberapa laporan telah dibuat kepada pihak SPRM oleh badan bukan kerajaan (NGO) berhubung dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan di dalam akaun milik hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd. Ghazali dan penglibatannya dengan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).-KO
SPRM Tiada Kekangan Siasat Pegawai Badan Awam

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker