Majlis Presiden PH Sokong Kenyataan Ketua Hakim Negara

Majlis Presiden PH Sokong Kenyataan Ketua Hakim Negara
Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkenaan badan kehakiman negara ketika ini.
Tengku Maimun semalam menyatakan serangan yang dibuat terhadap hakim dan institusi tersebut disifatkan melampaui batas.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan bersama mengingatkan bahawa dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan menyatakan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan perlu “memastikan terlaksana sepanjang masa kebebasan badan kehakiman”.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa “apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan Badan Kehakiman agak keterlaluan”.

“Maka Pakatan Harapan mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan Badan Kehakiman.

“Oleh itu, kami menggesa agar Kerajaan Persekutuan memastikan MoU ini terus terlaksana dengan menjamin bahawa agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan serta sentiasa menghormati prinsip kebebasan Badan Kehakiman,” jelasnya.

Pada masa sama, Majlis Presiden PH turut menyatakan Badan Kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara dan sistem demokrasi yang diterima dipercayai serta diyakini rakyat.

Pada Rabu, Tengku Maimun berkata walaupun rakyat termasuk ahli politik, pada tahap tertentu, bebas untuk mengkritik, ia tidak bermakna mereka boleh melancarkan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu, bagi kepentingan mereka sendiri.

Menyedari terdapat banyak kes berprofil tinggi yang melibatkan kepentingan awam sedang dibicarakan di mahkamah, Tengku Maimun menambah, hakim dan badan kehakiman dijangka terdedah kepada kritikan dan tuduhan tidak berasas oleh mereka yang terkesan akibat keputusan mahkamah.

Keadaan itu akan berlaku terutamanya jika sesuatu keputusan perbicaraan itu tidak memihak kepada mereka, ujarnya.-AA

Majlis Presiden PH Sokong Kenyataan Ketua Hakim Negara

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker