Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan
Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan
Kuantan: Lelaki warga Indonesia yang melarikan diri selepas membakar kereta peronda polis (MPV) di matau balak Kampung Selengkong, Nenasi, Pekan, malam tadi, berjaya ditahan, petang ini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan pada 4.20 petang oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan berhampiran tempat kejadian.
“Ketika ditahan, polis turut merampas sebatang tukul dan sebatang kayu.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan esok, untuk permohonan tahanan reman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan seorang pekerja balak mengamuk di rumah kongsi di kawasan penyimpanan balak, kira-kira 11 malam tadi.
Sepasukan tiga anggota polis dihantar ke tempat kejadian dengan menaiki MPV Proton Waja dan menemui suspek berseorangan.
Ketika pemeriksaan dilakukan, suspek bertindak agresif dengan memukul dan mencederakan dua anggota polis.
Dia kemudian masuk ke rumah kongsi dan mengambil satu objek menyala seperti api dan membalingnya ke dalam MPV lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.-HM
Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
- Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
- Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
- Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
- Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
- Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
- Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
- Fasha Sandha Teruk Dikecam
- 30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
- Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
- Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
- Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun
You must be logged in to post a comment.