Pemberian kad UNHCR pada pelarian Rohingya, kerajaan kaji semula

Kerajaan akan mengkaji semula pemberian kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kepada pelarian etnik Rohingya di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kajian itu perlu dilakukan susulan ratusan tahanan etnik itu yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

“Kita tidak boleh memberi ruang supaya mereka dengan mudah memasuki negara tanpa dokumen dan terus mendapat kad UNHCR.



“Ia sesuatu yang tidak betul…ini bukan negara untuk pendaftaran UNHCR sebab itu kita ambil sikap tegas bahawa pemegang kad bukan bermakna boleh tinggal di negara kita.

“Jadi kerana itu perlu kaji semula punca pelarian UNHCR duduk di sini dengan bebas dan bagi kad dengan bebas kerana tiada bantuan diberikan kepada kita. Kita sebagai negara yang bersikap perikemanusiaan kepada sesiapa pun tidak bermakna mereka boleh memasuki negara dengan sewenangnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan asnaf Parlimen Larut kepada 1,000 orang kurang berkemampuan di Dewan Astaka Batu Kurau di sini hari ini.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata kerajaan telah memberi keperluan yang mencukupi kepada pelarian etnik Rohingya malah menempatkan mereka di sesuatu tempat iaitu depoh tahanan atas sifat keperimanusiaan disebabkan ketiadaan dokumen negara asal untuk dihantar pulang.



“Mereka sepatutnya tidak melarikan diri. Itu maknanya mereka hendak melakukan kesalahan untuk bebas dalam negara yang mereka sendiri tidak ada dokumen diri,” katanya sambil menambah tiada tempoh ditetapkan bagi tahanan yang ditempatkan di depoh.

Ditanya mengenai dakwaan kesesakan di depoh dipercayai antara punca tahanan melarikan diri, beliau berkata ia hanya sekadar pendapat sesetengah pihak.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri, bagaimanapun enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di lebuh raya.

– Bernama



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker