Hasni tegur Puad

Bekas menteri besar Johor Hasni Mohammad menegur Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru dilantik Mohd Puad Zarkashi,agar menumpukan usaha perkukuh kepercayaan rakyat kepada institusi demokrasi berbanding memainkan sentiman yang menghina pihak lain.

Ini selepas Puad pada Khamis menasihati Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor supaya menjaga perangai dan “ini dewan mulia bukan dewan sangkar beruk”.

“Speaker DUN Johor tidak seharusnya berkata demikian, meskipun sekadar untuk mengingat.



“Sebagai Speaker dan Ahli Dewan Negeri, seeloknya beliau memberikan jaminan serta mengutarakan pelan tindakan bagi memperkuat institusi demokrasi negeri dalam masa terdekat.

“Dalam konteks kedudukan beliau – reformasi politik, mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada institusi demokrasi serta ahli politik adalah lebih mustahak daripada memainkan sentimen ‘derogatory’ seperti itu,” kata Hasni di Facebook.

Ungkapan “sangkar beruk” digunakan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa titah baginda di DUN tahun lalu apabila mengingatkan ahlinya bahawa DUN bukanlah sangkar beruk.

Puad, yang merupakan Adun Rengit, tampil mengulangi nasihat itu selepas mengangkat sumpah sebagai speaker baru.



Pada PRN Johor bulan lepas yang menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN, gabungan itu berkempen atas janji mengekalkan Hasni sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, selepas memenangi pilihan raya, BN tidak dapat perkenan diraja untuk Hasni dilantik semula sebagai menteri besar.

Sebaliknya, Adun Machap Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru.

Onn Hafiz adalah cicit kepada pengasas Umno, Onn Jaafar.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker