Polis sahkan dua anggota dalam video tular dakwa lakukan kekerasan

Polis Selangor mengesahkan dua individu dalam sebuah video yang tular mendakwa pihaknya melakukan kekerasan semasa proses tangkapan ke atas seorang lelaki adalah anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Baharudin Taib dalam kenyataan ringkas berkata anggotanya itu dalam proses membuat tangkapan ke atas seorang subjek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan.

Susulan itu, Baharudin meminta orang ramai atau saksi bebas yang melihat kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.

Baharudin mengulas perkara berkenaan susulan pihaknya mengesan satu klip video klip berdurasi 1.25 minit yang tular di media sosial Twitter mendakwa pihak polis melakukan kekerasan semasa proses tangkapan dilaksanakan.



Katanya, pihaknya juga telah menjalankan siasatan terhadap kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

 

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker