Sempat masak juadah berbuka buat asnaf sebelum meninggal
KOTA BHARU – Seorang aktivis kebajikan terkenal di negeri ini sempat memasak juadah berbuka puasa kepada 1,000 asnaf beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di sini pada pagi Jumaat.
Pengasas Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan, Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni, 44, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat komplikasi jantung pada jam 2.30 pagi.
Isteri arwah, Zurawati Zulkifli, 44, berkata, suaminya mengadu sakit dada kira-kira pada jam 12 tengah malam dan tidak dapat tidur.
“Pada siang hari Khamis tu elok saja dan siap dengan memasak sekawah ayam paprik untuk diagihkan kepada 1,000 asnaf di rumah Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan di Padang Bongor.
“Selepas balik daripada mesyuarat pada malam tadi, sempat lagi tulis menu memasak untuk 1,000 asnaf berbuka pada hari ini sebelum mengadu sakit dada dan sesak nafas ketika hendak tidur,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Tok Lembek di sini pada Jumaat.
Dia berkata, suaminya dibawa ke HUSM oleh anak sulung mereka selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas.
Katanya, sepanjang perjalanan, suaminya tidak berhenti-henti mengucap dua kalimah syahadah.
“Apabila tiba di HUSM dia masih boleh berjalan sendiri untuk naik ke katil hospital sebelum pemeriksaan dilakukan dan mendapati bacaan jantung mulai menurun.
“Pada waktu itu, doktor pula memintanya supaya mengucap dua kalimah syahadah dan selepas mengucap terus dia ‘pergi’.
“Beberapa hari sebelum ini, kerap dia menyebut soal kematian dan seperti memberitahu ajalnya sudah dekat. Dia pergi dengan mudah pada hari ini,” katanya.
Keluarga yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni,44, pada Jumaat.
Zurawati berkata, mereka sekeluarga reda malahan dengan senang hati ‘melepaskan’ arwah yang meninggal dunia pada bulan baik iaitu 13 Ramadan serta pada hari Jumaat.
Katanya, arwah selalu berpesan supaya meneruskan Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan walaupun dia sudah tiada.
“Juadah untuk asnaf memang dia yang masak daripada awal Ramadan dulu.
“Saya akan teruskan amanah arwah untuk melakukan kerja-kerja kebajikan di kelab yang sudah tujuh tahun ditubuhkan ini.
“Sebelum ini setiap tahun 2,000 asnaf diberikan makanan percuma namun tahun ini dikurangkan 1,000 kerana harga barang yang tinggi,” katanya.
Jenazah Allahyarham Meor Shamshir disembahyangkan di Masjid Padang Bongor di sini dengan kehadiran lebih 5,000 orang bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Allahyarham adalah seorang jurutera yang bergiat aktif dalam banyak kerja kebajikan dan pernah menerima anugerah Tokoh Kebajikan Cakna Asnaf Miskin pada Hari Kebajikan Negeri Kelantan tahun 2020.
Pemergian arwah meninggalkan dua isteri dan enam anak berusia antara dua tahun sehingga 19 tahun.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji