Arasy bergegar bila isteri minta cerai?

Arasy bergegar bila isteri minta cerai?

Selain payung emas, persoalan lain berkait rapat dengan rumah tangga yang sering menjadi buah mulut masyarakat apabila isteri meminta cerai atau talak daripada suami, maka bergegarlah arasy. Kenyataan ini sering digembar-gemburkan sebagai hadis yang berbunyi,

“Berkahwinlah kamu semua dan janganlah kamu bercerai talak. Sesungguhnya talak itu akan menggegarkan arasy.”

Menurut sebahagian besar ulama seperti Imam Ibn al-Jauzi, Imam al-Saghani, dan ramai lagi sepakat mengatakan hadis yang cukup popular ini sebenarnya tidak sahih dan dihukumkan palsu kerana dalam rangkaian sanadnya ia dipelapori oleh seorang lelaki yang bernama Amir bin Jami.

Menurut Yahya bin Mai’n, Amir bin Jami merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai. Hujahan tersebut turut mendapat sokongan dalam penulisan yang dibuat oleh Al-Khatib al-Baghdadi dalam buku Tarikh baghdad. Selain itu as-Sayut juga menyatakan pandangan yang sama dalam bukunya al-Lali’ al-Masnua’h fi al-Ahadith al-Maudhua’h.

Malah dalam suatu kisah yang pernah diterima oleh Rasulullah s.a.w iaitu berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta cerai di hadapan Rasulullah s.a.w,

“Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi dan berkata, “Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam akhlak dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam Islam.”

Rasulullah s.a.w bertanya,

“Apakah engkau (sudi) mengembalikan kebunnya kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas kahwin)?”

Isteri Tsabit menjawab: “Ya.”

Dari kisah ini jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w sendiri tidak menghalang talak dengan membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian.

Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain.

Islam sememangnya menganjurkan kehidupan berumah tangga yang harmoni dan penuh kebahagiaan. Namun jika kebahagiaan dan keharmonian tersebut tidak dapat dipelihara lagi maka Islam tidak menghalang berlakunya penceraian asalkan ia dilakukan mengikut prinsip dan etika yang sudah ditetapkan oleh Islam.

Selain itu, perlu difahami, penceraian bukanlah langkah awal yang paling utama dianjurkan apabila berlakunya sesuatu krisis dalam rumah tangga. Manakala talak adalah langkah terakhir yang diperuntukkan secara sah dalam menyelesaikan sesuatu krisis di antara suami isteri.

Dalam al-Quran Allah turut menyatakan garis panduan yang perlu diikuti sebagai suami isteri sebagaimana surah an-Nisaa’: 34

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal.

Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya. Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing. Wallahu a’lam Utv

Arasy bergegar bila isteri minta cerai?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker