Lelaki tidak waras mengamuk di masjid dicekup

Sebaran :


PETALING JAYA – Seorang lelaki disyaki kurang waras bertindak mengamuk dan memecahkan cermin tingkap Masjid Darul Ehsan, di Subang Jaya, Khamis lalu.

Perbuatan lelaki itu menyebabkan pihak masjid kerugian kira-kira RM5,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, dalam kejadian sekitar pukul 8.30 pagi, Pegawai Tadbir Masjid ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali memasuki pintu belakang masjid.

“Secara tiba-tiba lelaki warga tempatan itu naik angin lalu mengamuk dan memecahkan cermin tandas dan cermin tingkap masjid.



“Khuatir kejadian lebih terus berlaku, mangsa telah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Jelasnya, suspek kemudiannya berjaya diberkas oleh anggota kereta peronda (MPV) yang tiba di lokasi kejadian.

“Semakan mendapati suspek yang berusia 30 an itu mempunyai tiga rekod lampau, masing-masing satu rekod berkaitan jenayah dan dua rekod berkaitan narkotik,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. K Online



[VIDEO] 15 minit Pujuk Lelaki Berbogel, Mengamuk Guna Parang


Sebaran :

Leave a Reply