Ayob khan – Duit banyak-banyak nak rasuah malaikat dalam kubur?”


“BERAPA lama kita nak hidup? Duit banyak-banyak nak buat apa?”

Kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan berhubung prinsipnya dalam menjalankan tugas sebagai seorang pegawai polis.

Menurutnya, sebagai seorang Islam beliau sangat berpegang kepada kata-kata “berapa lama nak hidup” dalam menegakkan integriti dan bebas rasuah.

“Kita akan mati. Hari ini ka esok ka atau sebentar lagi. Duit banyak-banyak nak ke mana?



“Takkan duit banyak-banyak nak lapik kepala masa jadi jenazah? Lepas tu nak rasuah malikat? Ada ka?

“Jam mahal banyak-banyak orang bagi sampai 10, nak buat apa? Nak pakai semua, kiri dua kanan dua? Tak juga?,” katanya berterus terang.

Justeru kata Ayob Khan, sewaktu masih memikul amanah inilah beliau perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

“Lima tahun sahaja lagi saya pun, lepas itu pencenlah. Lepas tu kita baru nak cakap buat itu buat ini?.



“Pegang amanah sebab kita sebagai orang Islam kalau tak pegang amanah maka tiada nilailah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual berhubung menegakkan integriti bersama Astro Awani malam ini.

Tambah Ayob Khan, beliau juga tidak mahu dipersoalkan apabila selepas bersara kelak sebagai tidak melakukan yang sepatutnya ketika dalam pasukan.

“Waktu kamu jadi Ketua Polis kamu tak buat apa pun, waktu jadi pengarah kamu tak buat apa pun. Contohnyalah,” jelasnya.



Sementara itu, kata Ayob Khan, soal integriti yang dipegangnya dengan tegas bukan kerana beliau lama berkhidmat dalam Cawangan Khas (SB).

Katanya, yang penting adalah berpegang dengan prinsip ditegaskan dalam Islam selain bekerja secara ikhlas.

“Dekat mana kita pun ada, kalau kita pegang prinsip insya-Allah. Kita SB ka, kita Jabatan Siasatan Jenayah ka, kita KP ka, kita Pengarah ka, kalau pegang prinsip bekerja ikhlas, insya-Allah,” ujarnya.

Ayob Khan kini menjadi sebutan ramai kerana ketegasannya dalam aspek integriti dalam pasukan polis.



Malah, beberapa kes berkait integriti pegawai dan anggota polis Johor telah diambil tindakan di bawah teraju beliau.

Paling menarik perhatian apabila polis Johor berjaya menumpaskan jenayah komersial melibatkan “Geng Nicky” yang diketuai seorang ahli perniagaan berpengaruh bergelar Datuk Seri. Utv

Selepas digeruni di daratan, penjenayah lautan pula diburu Ayob Khan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker