Lelaki ‘makan angin’ atas kereta sedang bergerak disiasat polis

Video tular seorang lelaki duduk dan baring atas sebuah kereta yang sedang bergerak di Kilometer 210 Jalan Johor Bahru-Seremban, Batu Anam, Segamat, baru-baru ini.

SEGAMAT – Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki ‘makan angin’ dengan duduk dan baring di atas sebuah kereta yang sedang bergerak di Kilometer 210 Jalan Johor Bahru-Seremban, Batu Anam di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu selepas video berkenaan tular di media sosial ketika ini.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 9 April lalu kira-kira jam 6 petang di jalan berkenaan.

“Kejadian berlaku ketika pemandu kereta memandu perlahan dan secara tiba-tiba, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman telah menaiki bahagian bonet belakang keretanya dan enggan turun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, pemandu berkenaan tidak memberhentikan kereta dan terus memandu kerana bimbang keselamatan keluarganya yang turut berada dalam kenderaan berkenaan.

Beliau berkata, tidak berapa lama kemudian selepas beberapa kilometer, lelaki berkenaan turun berhampiran pekan Gemas.

“Kita syaki lelaki berkenaan tidak siuman dan sehingga kini masih mencarinya untuk siasatan. Kes masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Sebelum ini, tular video seorang lelaki duduk dan baring di atas sebuah kereta sedang bergerak dipercayai dari pekan Batu Anam ke pekan Gemas.

Video berdurasi 1 minit 48 saat itu mula dikongsi orang ramai di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk mendakwa lelaki terbabit sedang lalok.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker