BCL kini sah isteri Tiko Aryawardhana [VIDEO]

BUNGA CITRA LESTARI selamat bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia, hari ini.

ANGGUN mengenakan pakaian adat Jawa, selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana sebentar tadi.

Majlis pernikahan yang diadakan di resort mewah, Amankila Resort di Bali itu turut melibatkan keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair yang hadir meraikan hari bahagia Bunga atau mesra disapa BCL kembali bergelar isteri.

Menerusi sebuah video dimuat naik dalam Instagram yang dicipta peminat untuk BCL dan Tiko iaitu @bcltiko, kelihatan adik kepada Ashraf yang juga pelakon, Aisyah Sinclair ada menemani kakak iparnya sewaktu majlis pernikahan tersebut.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengguna Instagram turut berkongsi rasa terharu apabila melihat keluarga arwah Ashraf turut berada di majlis pernikahan BCL, sekali gus membuktikan hubungan mereka masih lagi erat.



“Bagusnya ada keluarga Ashraf. Rasa terharu,” kata seorang pengguna Instagram.

“Ada keluarga arwah Ashraf. Mereka masih tetap berkeluarga,” ujar seorang lagi pengguna Instagram.

Terdahulu, khabar angin selebriti jelita itu bakal mengakhiri zaman jandanya tersebar selepas seorang kakitangan Kantor Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan dikenali sebagai Emma Fatmayani mendedahkan perkara tersebut baru-baru ini.

Gosip percintaan BCL dan Tiko tercetus selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 pada Mac lalu.



BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas Ashraf Sinclair yang juga aktor kelahiran Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Hasil perkahwinan dengan Ashraf mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 12 tahun. – KOSMO! ONLINE

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan



Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker