Dron kamikaze senjata baharu di medan perang

Dron kamikaze senjata baharu di medan perang

Wilayah ibu negara Ukraine dilaporkan diserang oleh dron ‘kamikaze’ dipercayai buatan Iran pada 14 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Pejabat Presiden, Kyrylo Tymoshenko mengesahkan banyak kemudahan infrastruktur kritikal di kawasan itu turut rosak, lapor The Associated Press.

Bagaimanapun, tahap kerosakan tidak dihuraikan oleh pegawai berkenaan.

Tiga dron dilihat di bandar kecil Makariv yang terletak di barat ibu kota Ukraine, Kyiv.

Dron ‘kamikaze’ ini bukanlah sesuatu yang baru dan ia juga dibekalkan Amerika Syarikat (AS) kepada Ukraine dalam peperangan yang berterusan dengan Rusia.
Advertisement

Apakah dron ‘kamikaze’?

Dron ini adalah pesawat kecil tanpa pemandu yang penuh dengan bahan letupan yang boleh diterbangkan terus ke kereta kebal atau sekumpulan tentera.

Apabila mengenai sasaran, ia terus meletup.

Nama ‘kamikaze’ itu berasal daripada juruterbang kamikaze Jepun era Perang Dunia I yang digeruni, apabila melakukan serangan berani mati dengan sengaja merempuh pesawat berisi bahan letupan mereka ke sasaran musuh.

Versi dron moden mempunyai keupayaan melepasi pertahanan tradisional untuk menyerang sasaran mereka dan juga lebih murah daripada dron lebih besar.

Dron maut kecil ini sukar dikesan pada radar, dan melalui penggunaan pengecaman muka, ia boleh diprogramkan untuk mencapai sasaran tanpa campur tangan manusia.

Apa yang didakwa oleh Ukraine?

Pada akhir September, Ukraine berkata, ia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dan melucutkan pentauliahan dutanya berhubung keputusan ‘tidak mesra’ Tehran untuk membekalkan tentera Rusia dengan dron, lapor Reuters.

Pihak berkuasa tentera juga berkata, pihaknya menembak jatuh kenderaan udara tanpa pemandu, Shahed-136 iaitu dron buatan Iran.

Pada 7 Oktober, The Guardian melaporkan Rusia menyerang Zaporizhzhia di Ukraine yang memegang loji kuasa nuklear terbesar di Eropah, dengan dron kamikaze yang padat bahan letupan.

Gabenor wilayah, Oleksandr Starukh berkata, dron Shahed-136 merosakkan dua kemudahan infrastruktur di bandar itu.

Menurut laporan itu, pegawai tentera Ukraine percaya dron seperti itu lebih murah dan kurang canggih daripada peluru berpandu, tetapi terbukti berkesan menyebabkan kerosakan pada sasaran di darat.

Dron Shahed-136 mampu kekal di udara selama beberapa jam, sebelum ia diarahkan ke sasaran musuh dan meletup apabila terkena impak.

Iran sangkal dakwaan

Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian pada Rabu menyangkal dakwaan yang menyatakan Iran membekalkan dron ke Rusia dan menyifatkan dakwaan itu sebagai “tidak berasas.”

Sehubungan itu, Tehran bersedia untuk berbincang dengan Kiyv mengenai perkara berkenaan, lapor Xinhua.

Amir-Abdollahian membuat kenyataan itu pada sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Belarus Vladimir Makei yang dalam rangka lawatan ke Tehran.

“Kami menolak sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas beberapa negara mengenai penggunaan dron Iran oleh Rusia dalam konflik di Ukraine. Kami mempelawa pihak berkuasa Ukraine untuk menghadiri mesyuarat dua hala dan mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu,” katanya. HM

Dron kamikaze senjata baharu di medan perang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker