Mohd. Nassuruddin angkat sumpah MB Kelantan ke-19

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini sebentar tadi.

Beliau yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Mohd. Nassuruddin, 58, yang juga Ketua Penerangan Pas Kelantan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 bagi penggal ke-15 selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti dengan majoriti 9,154 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zahri Omar pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.



Dalam majlis sama, wakil rakyat DUN Temangan selaku Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan, 55, mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri menang di DUN tersebut pada PRN yang lalu dengan majori 7,479 undi.

Selain itu, sembilan orang wakil rakyat Pas turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Exco.

Mereka ialah Datuk Md. Anizam Ab. Rahman yang merupakan ADUN Kemahang, Datuk Dr. Izani Husin (Kijang), Saripudin Tuan Ismail (Selising), Wan Roslan Wan Hamat (Pengkalan Kubor), Rohani Ibrahim (Tanjung Mas), Mohd. Asri Mat Daud (Demit) , Zamakhshari Muhammad (Apam Putra), Hilmi Abdullah (Guchil) dan Datuk Kamaruddin Md. Noor (Air Lanas).



Daripada kesemua senarai itu, empat daripada mereka merupakan penyandang Exco iaitu Md. Anizam, Saripudin, Izani dan Wan Roslan.

Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya membentuk kerajaan negeri lapan penggal berturut-turut selepas memenangi 43 daripada 45 kerusi DUN pada PRN negeri tersebut manakala dua lagi kerusi dimenangi BN di DUN Galas dan Pakatan Harapan (PH) (Kota Lama).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker