UiTM sedia bantuan pendidikan, pelajar ada masalah boleh mohon

UiTM sedia bantuan pendidikan, pelajar ada masalah boleh mohon

Universiti Teknologi Mara (UiTM) meminta pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran supaya menghubungi fakulti dan pihak pentadbiran universiti.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, pihaknya menyediakan pelbagai dana dan bantuan pendidikan bagi pelajar kurang berkemampuan dalam membantu melancarkan proses pembelajaran.

Menurut beliau, kemudahan itu antaranya dana amanah pelajar selain bantuan pusat zakat dan pihak alumni UiTM.

“Kita mengutamakan kebajikan seluruh warga universiti dalam menyediakan perkhidmatan terbaik bagi persekitaran pendidikan kondusif.

“UiTM prihatin dengan keperluan pelajar terutama dalam pembelajaran norma baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas isu seorang pensyarah UiTM yang tular mengherdik seorang pelajar kerana tidak mampu membeli komputer malam tadi.

Jelas Roziah, pihaknya sudah meneliti isu itu dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.

“UITM bertegas untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik universiti sama ada sengaja atau tidak.

“Kewujudan UITM adalah membantu golongan tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti,” katanya.

Tambah beliau, UITM memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

“Dalam merealisasikan keberkesanan pelaksanaan kaedah itu, semua pihak perlu berganding bahu daripada semua aspek,” ujarnya.

Terdahulu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Rasydan Mohd. Hassan menyelar kata-kata dikeluarkan oleh pensyarah universiti tersebut yang videonya tular.

Menurut beliau, sejarah UiTM dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan bumiputera untuk mendapat pendidikan di peringkat tertinggi.

“Justeru kenyataan menghina golongan B40 adalah tidak wajar oleh mana-mana pihak.

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi UiTM untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kepada pensyarah tersebut,” kata beliau.

Malam tadi, tular video seorang pensyarah mempersoalkan seorang mahasiswanya yang tidak mempunyai komputer ketika sesi kuliah secara dalam talian dijalankan.

Menerusi video tersebut, pensyarah terbabit mempersoal tentang sokongan kewangan keluarga tersebut kepada pelajar tersebut.

Mengulas lanjut Rasydan menegaskan, tindakan pensyarah berkenaan secara tidak langsung merosakkan imej UiTM.

“Pensyarah tersebut perlulah memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia menghadapi keadaan ekonomi yang tidak stabil.

“Manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan tertinggi bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan juga kepada mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini,” jelasnya. Utusan

UiTM sedia bantuan pendidikan, pelajar ada masalah boleh mohon


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker