Tak puas hati bahagi untung niaga punca 7 lelaki gaduh

Tak puas hati bahagi untung niaga punca 7 lelaki gaduh

Tujuh lelaki berusia antara 26 hingga 40 tahun ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di premis makanan di Jalan Matang, Padawan, Sarawak, malam tadi.

Selain itu, polis turut mengesan individu lain terbabit dalam pergaduhan kira-kira jam 11 malam.



Ketua Polis Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata polis merampas beberapa senjata tajam di tempat kejadian.

“Permohonan reman akan dibuat bagi melengkapkan kertas siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, sebelum kejadian seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bersama rakannya duduk di depan kedai makanan berkenaan.

Katanya, mereka kemudian diserang sekumpulan lelaki iaitu kira-kira 10 orang dengan senjata tajam.



Abang Zainal berkata, rakan mangsa berusia 27 tahun mengalami kecederaan di tangan, kaki dan kepala serta dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Katanya, dua suspek berumur 30 dan 43 tahun turut mengalami kecederaan dan sedang dirawat di HUS.

“Punca kejadian disebabkan masalah pembahagian keuntungan perniagaan sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati.

“Kes ini tidak membabitkan kumpulan tertentu atau hutang judi seperti tular di media sosial,” katanya.



Polis meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082 862233. FMT

Tak puas hati bahagi untung niaga punca 7 lelaki gaduh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker