Anjing, tikus, lipas berkeliaran dalam kilang kuih pau

Anjing, tikus, lipas berkeliaran dalam kilang kuih pau

BUTTERWORTH – Bukan saja kotor dan berlalat, malah tiga ekor anjing peliharaan, tikus serta lipas turut berkeliaran dalam kawasan memproses makanan.

Itulah keadaan sebuah kilang membuat kuih pau serta dim sum di Medan Melor Selatan, di sini, ketika diserbu sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri Pulau Pinang, hari ini.

Ops Tegar bermula jam 9.30 pagi turut membawa kepada pendedahan pengusaha kilang kuih pau serta dim sum itu beroperasi secara haram sejak 10 tahun lalu di bahagian belakang sebuah rumah.

Ketua BKKM negeri, Mohd Wazir Khalid berkata, berdasarkan keadaan persekitaran serta tahap pematuhan kebersihan mendapati kilang terbabit tidak layak beroperasi.

Jelas beliau, pengusaha produk makanan terbabit disifatkan tidak peduli mengenai aspek kebersihan walaupun pernah dikenakan tindakan penutupan pada tahun 2019.

“Memang keadaan premis ini amat mendukacitakan. Kita dapati kawasannya sangat kotor, peralatan digunakan tidak dicuci selain menemui najis tikus dan lipas di stor penyimpanan serta tiga ekor anjing berkeliaran di tempat memproses makanan.

“Selain itu, kita dapati pekerja warga asing tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE) seperti sarung tangan dan penutup kepala ketika memproses makanan.

“Susulan itu, notis penutupan selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dikeluarkan terhadap pengusaha selain kita tiga kompuan berjumlah RM2,700 atas kesalahan lain,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

MG difahamkan, pengusaha terbabit menghasilkan 1,000 biji kuih pau setiap hari untuk pasaran sekitar Butterworth.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah kilang memproses bebola ikan, di sini, pemiliknya dikenakan lima kompaun selepas gagal memastikan pekerja menggunakan kelengkapan PPE ketika memproses makanan.

Tambah Mohd Wazir, kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan produk tidak mempunyai label dan kesalahan meletakkan produk makanan di atas lantai.

“Semua perkara ini telah diajar ketika mereka menjalani kursus serta latihan pengendalian makanan namun mereka masih gagal untuk mematuhinya.

“Dalam pemeriksaan yang dibuat, kita dapati produk yang dikeluarkan oleh kilang itu tidak mempunyai label sekali gus menyukarkan pencarian pemilik sekiranya pelanggan mengalami keracunan makanan,” kata beliau.

Operasi itu turut disertai Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang. MG

Anjing, tikus, lipas berkeliaran dalam kilang kuih pau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker