Samun kedai komputer dengan kayu besbol, 7 direman 5 hari

PETALING JAYA: Tujuh suspek direman lima hari kerana dipercayai terbabit dalam kejadian sekumpulan 15 lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun sebuah kedai komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Zaid Hassan berkata, suspek berusia 30 hingga 36 tahun itu diberkas dalam beberapa siri serbuan di sekitar Lembah Klang tengah malam tadi.

Katanya, tiga kereta, sebuah van, lima telefon bimbit, dua komputer riba dan 36 mesin bitcoin turut disita dalam serbuan itu.



“Semua suspek yang ditahan mengaku mempunyai penglibatan dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah mahkamah membenarkan semua suspek direman lima hari mulai 30 Mac hingga 3 April ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

“Siasatan lanjut berkaitan kes sedang dijalankan,” katanya.

Jumaat lalu, sekumpulan 15 lelaki yang bersenjatakan kayu besbol dilaporkan memecah masuk sebuah premis peralatan komputer di Cheras dan melarikan peralatan kira-kira RM70,000.



Polis dilaporkan menerima laporan daripada pengawal keselamatan premis itu pada 9.35 pagi keesokannya.

 

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)



Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker