Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu pengurus kewangan sebuah syarikat swasta memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu bahawa seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali Bella, 13, menceritakan bahawa dia diikat, dicili dan dijirus air panas.

Zurianty Sudin, 39, berkata demikian ketika prosiding kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas kesalahan menganiaya, mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Zurianty yang menggelar dirinya sebagai ‘mommy’ berkata, perkara itu dimaklumkan ketika dia membawa Bella ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans.

Menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas, saksi pendakwaan pertama itu berkata, dia mengetahui perkara tersebut ketika berbual dengan Bella.

“Saya tanya apa dah jadi, Bella cakap dia kena cili, jirus air panas dan kena ikat kemudian dia ada beritahu beberapa nama.

“Setibanya di HKL, saya nampak Bella macam tidak larat dan kakinya sakit, tapi saya tak boleh pegang, sebab saya bimbang Bella mungkin dijangkiti Covid-19,” katanya dalam keadaan sebak.

Zurianty juga berasa kesal kerana sepanjang berada di HKL, Siti Bainun tidak pernah bertanya khabar mengenai tahap kesihatan Bella.

Sebaliknya dia berkata, Siti Bainun hanya mempersoalkan tindakannya menempatkan anak-anak angkat (Rumah Bonda) ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Selain itu, ketika ditanya mengenai keperibadian Bella, Zurianty berkata, remaja itu merupakan seorang yang penyayang dan boleh buat susu untuk bayi-bayi di Rumah Bonda.

Zurianty: Sampaikan saya cakap anak sindrom Down jaga bayi sindrom Down, itu yang saya ulang cakap kepada ‘umi’ Rumah Bonda dan sesiapa yang mengenali.

Zilfinaz: Siapa lagi lagi yang sindrom Down di rumah itu?

Zurianty: Dua bayi berusia tiga dan dua tahun.

Zilfinaz: Jadi siapa yang jaga Bella?

Zurianty: Saya tak pernah nampak sesiapa yang uruskan Bella.

Dalam prosiding itu, pembelaan diwakili peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker