Nenek 67 tahun tangkap ular sawa guna tangan

BANGKOK – Seorang nenek yang tinggal di wilayah Isaan, Thailand menjadi terkenal kerana mampu menangkap ular bersaiz besar hanya menggunakan tangannya sendiri, lapor laman berita Thaiger semalam.

Prakuad ‘Own’ Pasomsi, 67, dipuji penduduk sebagai penyelamat selepas berjaya menangkap ular sawa terbesar yang pernah ditangkapnya setakat ini.

Warga emas itu hanya menggunakan tangannya untuk menangkap ular ketika menjalankan aktiviti tersebut sejak tiga tahun lalu.

Prakuad yang lebih dikenali sebagai Own berkata, kebiasaannya, dia akan menangkap ular tidak berbisa dan menghubungi pasukan penyelamat untuk mengambilnya bagi dilepaskan di tempat yang sesuai.

Tambahnya, dia tidak takut akan ular. Walaupun pernah dipatuk sebanyak dua kali, Own mengakui bahawa ia tidak menyakitkan.

Tambah Own, jirannya sering meminta bantuannya jika mereka menemui ular. Dia juga bersedia untuk membantu mereka dan tidak pernah meminta wang sebagai balasan.

Jiran-jiran Own juga kebiasaannya akan memanggilnya sebagai ‘penyelamat komuniti’. – Agensi

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker