Najib bidas Raja Formula Songsang
Najib Razak secara sinis mendakwa Rafizi Ramli yang membuat kemunculan kembali dalam arena politik sekadar untuk membangkangnya demi kepentingan Pakatan Harapan (PH) dan bukannya rakyat.
Memetik wawancara Naib Presiden PKR itu dengan Malaysiakini, Najib berkata disebabkan itu dia tidak hairan jika serangan Rafizi hanya disasarkan terhadapnya.
“Dia kata PH menjadi lemah sebab saya telah rampas kedudukan dan keupayaan PH untuk berhubung dengan rakyat.
“Dia kata dia mahu ambil semula inisiatif ini dari saya. Ini kira dia nak bangkang saya hanya sebab nak membangkang demi kepentingan politik PH.
“Bukan sebab saya salah. Bukan juga untuk kepentingan rakyat atau negara. Cuma demi kepentingan politik PH,” tulis Najib di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Rafizi berkata bekas perdana menteri itu kini secara berkesan menjadi pembangkang “de facto” selepas dia “merampas” keupayaan pembangkang untuk “berhubung dengan rakyat setiap hari” di laman media sosialnya.
Tetapi Rafizi Ramli – yang baru-baru ini mengumumkan kembali aktif dalam arena politik – berkata dia bersedia mengambil semula inisiatif itu daripada Najib untuk memperkasakan rayuan PH kepada pengundi menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Saya rasa apa yang telah hilang (daripada PH) dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini ialah keupayaan untuk berhubungan setiap hari dengan rakyat. Lebih padah lagi, keupayaan itu telah dirampas oleh Najib.
“Dia ambil pendekatan populis untuk menyuarakan isu harian yang biasa kita lakukan semasa kita jadi pembangkang. Jadi, secara berkesan, Najib adalah pembangkang de facto kepada kerajaan,” kata Rafizi dalam wawancara bersama Malaysiakini.
Dalam pada itu Najib turut menyindir Rafizi dengan berkata bahawa dia tidak berminat untuk menjadi “Raja Formula Songsang”
“Saya pun tak mahu inisiatif ini, kamu boleh ambil balik sebab saya tak berhasrat jadi ‘Raja Formula Songsang’,” katanya.
Najib bidas Raja Formula Songsang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KMahathir mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
- Boo Cheng desak Guan Eng undur diri
- Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
- Kisah sukses dua jutawan wanita
- Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan
- China semakin galak
- Sapura Energy: Rafizi kutip fakta dari longkang
- Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita
- Nurul, Nik Nazmi, Rodziah antara nama besar dalam ‘cai’ Rafizi
- Tak serik walau dah curi hampir 100 telefon bimbit
- Zul Ariffin boleh tolak, tetapi dia pilih sedap – Awie
- Datuk Adly tipu projek RM3.8b didenda RM3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa
You must be logged in to post a comment.