Wanita atasi kemurungan dengan bersuami dua

BRASILIA – Seorang wanita di Brazil mendakwa bahawa dia berjaya mengatasi masalah kemurungan dengan menjalinkan hubungan bersama dua lelaki secara serentak, tetapi kini berhasrat untuk mencari pasangan ketiga dalam hidupnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Pesohor media sosial, Lary Ingrid (Larissa) berkata, dia tidak lagi mengalami masalah kemurungan ketika tampil dalam rancangan Se Liga VM di stesen televisyen Verdes Mares.

Wanita berusia 27 tahun itu menjalinkan hubungan serentak dengan Italo Silva, 25, dan Joao Victor, 18. Dia melahirkan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki daripada setiap lelaki itu.



Ingrid dilaporkan telah bertemu Silva lapan tahun lalu. Keadaan berubah selepas Silva mendapat idea supaya mereka menjalinkan hubungan dengan individu lain.

Dia bersetuju dengan Silva dan memilih rakan zaman kanak-kanaknya, Victor untuk bersama mereka.

Victor pada awalnya teragak-agak tetapi akhirnya bersetuju selepas mereka menandatangani perjanjian untuk ‘tetap bersama’.

Hubungan Ingrid luar biasa kerana melibatkan seorang wanita dengan berbilang lelaki yang dipanggil poliandri, berbeza dengan poligami apabila lelaki beristeri lebih daripada satu.



Dengan kedua-dua perbuatan itu menyalahi undang-undang Brazil, poligami dilarang kerana menyumbang kepada laporan bersekedudukan tanpa berkahwin. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker