Cuba bunuh isteri guna bantal, lelaki dipenjara tiga tahun

Padah cuba bunuh isteri guna bantal, lelaki dipenjara tiga tahun

MELAKA: Tindakan seorang pekerja pembersihan cuba membunuh isterinya dengan mencekik, memukul dan menekup muka mangsa menggunakan bantal menerima balasan selepas dikenakan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Maziah Joary Tajudin menjatuhkan hukuman itu terhadap M.M. Paramasivam, 49, yang mengaku bersalah sejurus selepas tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan cubaan bunuh terhadap isterinya, M. Santhi, 48, dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal.



Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda yang mana jika menyebabkan cedera hendaklah pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang mempunyai dua anak juga didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dengan cara mencekik leher dan memukul muka wanita berkenaan.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didapati menakutkan secara jenayah berbentuk ugutan secara lisan, ‘mati lagi bagus’ dengan cara mengacukan pemutar skru terhadap mangsa sama.



Bagi tindakan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 5 pagi, di sebuah rumah di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Bemban dalam daerah Jasin, pada 4 Februari 2020. Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika tertuduh dalam keadaan mabuk.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya merayu agar hukuman ringan diberikan daripada tarikh ditangkap iaitu 14 Februari 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin memohon agar hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira keseriusan jenayah dilakukan tertuduh.



Selepas mendengar rayuan kedua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bagi pertuduhan pertama dan satu tahun masing-masing bagi pertuduhan kedua serta ketiga.

Beliau bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap. Utusan

Cuba bunuh isteri guna


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker