Suami tetak isteri sampai mati akibat cemburu

KOTA KINABALU – Seorang wanita maut ditetak suaminya dalam kejadian di bilik sewa pasangan terbabit di tingkat 3, Jalan Segama malam tadi.

Difahamkan, lelaki terbabit menetak leher isterinya sehingga mati disebabkan faktor cemburu.

Dalam kejadian pukul 11.47 malam itu, pihak polis menemui mangsa berusia 23 tahun itu berlumuran darah terbaring di atas tilam selepas suaminya sendiri menghubungi talian kecemasan 999 sebelum memaklumkan menetak isterinya dengan pisau.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 10.50 malam selepas suspek dikatakan bertengkar dengan isterinya.

“Suspek yang berang kemudian menuju ke dapur lalu mengambil pisau sebelum bertindak menyerang mangsa. Mangsa mengalami cedera di leher kanan, muka, tangan dan luka diperut akibat daripada serangan itu.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi berkata, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bertindak menahan suspek yang masih berada di lokasi kejadian.



Beliau menyatakan motif kejadian dipercayai cemburu namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti puncanya.

Mohd Zaidi berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian merampas sebilah pisau dan parang pemotong daging dan salah satunya dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

“Suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Suspek akan direman untuk tindakan lanjut manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) bagi tujuan calitan Covid-19 dan bedah siasat,” katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim



Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker