63 syarikat seleweng RM1 bilion subsidi minyak masak

Isu kekurangan ketara bekalan minyak masak bersubsidi dalam paket yang sering dilaporkan media akhirnya berjaya dibongkarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Malah lebih mengejutkan sejumlah 63 syarikat dikenal pasti di seluruh negara menyeleweng bantuan subsidi kerajaan itu untuk tiga tahun dengan nilai dianggarkan mencecah RM1 bilion.

Ia didedahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Nizam Sairi pada sidang akhbar khas pengumuman Operasi Bersepadu Subsidi Minyak Masak di ibu pejabat LHDN di sini hari ini.

“Berdasarkan analisis awal, kita mendapati ada wujud elemen pelarian cukai dalam kalangan syarikat itu yang perlu ditangani segera agar ketirisan hasil kerajaan dapat dibendung,” katanya.

Isunya bermula apabila kerajaan melalui pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melancarkan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak pada 1 Jun 2007 lalu.

Inisiatif itu bagi membantu isi rumah berpendapatan B40 mendapat bekalan minyak masak di pasaran tempatan yang stabil pada harga dikawal tetap menerusi peket seberat satu kilogram.

Kementerian itu memperuntukkan subsidi RM400 juta sehingga RM600 juta pada setiap tahun kepada 25 pengilang dan 296 syarikat pembungkus dengan pengeluaran 60,000 tan sebulan.

Bagaimanapun, produk bersubsidi itu kerap dilaporkan tiada atau kurang di peringkat runcit selain laris mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap dan diseludup keluar ke negara jiran.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker