Top 5 Umno akan bincang tarikh PRU dan calon PM

Lima pemimpin tertinggi Umno – atau digelar sebagai top five – akan menentukan siapakah calon perdana menteri daripada Umno dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Zahidi Zainul Abidin.

Katanya, turut akan dibincangkan ialah tarikh PRU15 yang menjadi antara topik utama sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

“Kita ada top five. Mereka akan bincang. Top five dengan Umno ini akan berbincang siapa calon perdana menteri. Itu tidak ada masalah.

“Sama sekali mereka akan bincang (bersama isu tarikh PRU). Perwakilan menyerahkan mandat kepada top five di atas, jadi (biar) kamu bincang. Kami tak mahu top five ini berpecah.

“Jika top five bersatu, Umno akan bersatu. Jadi (dengan itu) kami akan berdepan pilihan raya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas penggulungan tiga pemimpin tertinggi Umno di WTC KL.

Ucapan penggulungan tiga pemimpin tertinggi Umno – Presiden Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden Mohamad Hasan dan naib presiden Ismail Sabri Yaakob – menyatakan bahawa soal tarikh PRU15 akan dibincangkan oleh lima pemimpin tertinggi.

Bagaimanapun, Mohamad memberikan bayangan bahawa perbincangan itu hanya akan dilakukan selepas Julai, selaras dengan perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani bersama pihak pembangkang.

Hanya selepas itu, kata Zahidi, barulah soal itu akan dibawa kepada MKT untuk dibincang lanjut.

PAU 2021 menyaksikan gesaan agar tarikh PRU disegerakan disuarakan dengan lantang oleh ramai perwakilan, termasuk oleh Zahid, Mohamad, ketua pemuda Asyraf Wajdi Dusuki dan ketua puteri Zahida Zarik Khan.

Namun, pemimpin Umno yang menjadi anggota kabinet Keluarga Malaysia di bawah teraju Ismail Sabri menunjukkan ketidakcenderungan ke arah gesaan berkenaan, antaranya memikirkan persefahaman yang telah dimeterai bersama pembangkang.

Kata Zahidi, masa sehingga bulan Julai adalah masa yang wajar untuk diadakan PRU, bagi memberi ruang agar keadaan Covid-19 menjadi reda.

Tambahnya, PRU15 penting dalam menarik pelaburan asing untuk mencapai kerajaan stabil, sekali gus menjana peluang pekerjaan dan menggalakkan ekonomi rakyat.

“Sekarang ini kita tidak akan buat pilihan raya sebab kita ada berjanji dengan semua parti untuk meredakan suhu politik dan bekerja untuk rakyat.

“Tetapi selepas bulan Julai, kita tidak ada lagi masalah Covid-19, sempadan dah dibuka dan (wabak) menjadi endemik dan sebagainya, kita bersedia untuk buat pilihan raya,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker