PM mahu bantuan one-off disegerakan bagi anak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19,

KUALA LUMPUR: Bantuan one-off kepada anak-anak yatim ekoran kematian ibu bapa akibat virus Covid-19 akan disegerakan kerajaan melalui Yayasan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara agar disalurkan sebelum sesi persekolahan dan pengajian universiti bermula.

“Saya sudah beritahu KSN tadi, kita tak tunggu untuk ke negeri-negeri. Kita akan bayar terus segala sumbangan untuk meringankan beban mereka, terutama sesi persekolahan yang akan bermula, sesi pengajian tinggi mungkin akan atau sedang bermula.



“Jadi mana-mana perlu mendapatkan bantuan daripada Yayasan Keluarga Malaysia, kita akan segera selesaikan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan ketika majlis penyampaian Sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Bilik Kuala Lumpur Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setakat ini ada kira-kira 1,600 anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa, atau kedua-duanya akibat Covid-19.

“Selain itu, ada juga anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat kes lain seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya, juga akan menerima bantuan daripada Yayasan Keluarga Malaysia,” katanya.

Katanya, bantuan secara one-off itu antara lain bagi menampung kos pembelajaran serta pengajian sehingga ke peringkat universiti.



Beliau berkata, bantuan itu adalah lanjutan daripada siri bantuan yang sudah diberikan kerajaan sebelum ini, dalam usaha membantu meringankan beban mereka

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS



Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker