PKR bukan tong sampah, semak sebelum terima ahli – Hassan

PKR bukan tong sampah, semak sebelum terima ahli – Hassan

Susulan laporan ahli akar umbi Bersatu akan berpaling tadah, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata PKR mesti mengekalkan imejnya yang ‘bersih’.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menggesa PKR berhati-hati dalam menerima “pemimpin besar” yang berpaling tadah daripada parti lain, dengan berkata parti pimpinan Anwar Ibrahim mesti melindungi imejnya yang bersih.



Hassan beliau mengalu-alukan ahli dan pemimpin parti lain menyertai PKR dengan syarat mereka jujur dalam menerima prinsip dan cita-cita komponen Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, penting bagi PKR untuk sama-sama menerima dan berhati-hati berhubung laporan kemasukan ahli yang akan datang daripada parti lawan.

“Adalah wajar, munasabah dan bertanggungjawab untuk menyemak pemimpin-pemimpin besar parti lain yang ingin menyertai PKR.

“Mereka yang ada rekod jenayah, bankrap dan rasuah seeloknya tidak diterima kerana PKR bukannya tong sampah.



“Elemen-elemen bersifat parasit, dedalu, oportunis atau penyangak dan penyakau serta korup perlu ditolak awal-awal,” katanya dalam kenyataan.

Pada Selasa, FMT memetik sumber sebagai berkata ratusan ahli akar umbi Bersatu bersedia menyertai PKR atas pelbagai sebab, termasuk ketidakupayaan untuk memajukan kerjaya politik mereka dalam parti berasaskan Melayu itu.

Sumber yang enggan dikenali itu berkata, ahli Bersatu juga mahu membantu sekutu tertentu dalam PKR meningkatkan kempen mereka pada pemilihan parti akan datang, yang dijangka diadakan akhir tahun ini atau awal 2025.

Terbaru, bekas ahli Bersatu yang menyertai PKR baru-baru ini termasuk bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Faiz Na’aman dan bekas Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah.



Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, juga dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata lebih ramai tokoh “berprofil tinggi” akan meninggalkan parti pembangkang untuk menyertai PKR. FMT

PKR bukan tong sampah, semak sebelum terima ahli – Hassan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah



Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker