Anggota PGA maut dipercayai ditembak

PETALING JAYA: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditemui maut dengan kesan tembakan pada rusuk kiri dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Riam, Miri malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri Hakemal Hawari yang mengesahkan kes terbabit berkata, setakat ini, kes diklasifikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini.

“Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

Polis dan pasukan bomba menerima maklumat mengenai kejadian pada 7.50 malam tadi.

Kejadian pada mulanya disangka kemalangan memandangkan kenderaan dipandu mangsa didapati melanggar sebatang pokok di tepi jalan, namun pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tembakan pada badan mangsa.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker