Sedarlah! You are sleeping with your enemies

Oleh Nurul Aishah

Sedarlah! You are sleeping with your enemies. Asyik kena ugut tekan butang saja maka lebih baik diadakan segera Pilihan Raya Umum(PRU) ke-15. Fakta ini tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak. MoU dengan Pakatan Harapan sekadar “wayang” semata-mata.

Umno memahami keputusan untuk membubarkan parlimen terletak pada ketetapan kabinet sebelum ia dipohonkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan.

Presiden Umno tidak akan mengganggu urusan tersebut sesuai dengan sifatnya yang menjunjung perlembagaan negara.

“Kita faham bahawa kuasa untuk membubarkan parlimen adalah keputusan kabinet, di mana perdana menteri yang akan berurusan dengan memohon perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kita tidak mahu mengganggu urusan itu, tetapi Umno sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, kita ada kuasa untuk menentukan arah tuju parti kita sendiri,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar perhimpunan kali ini.

Ketika ini “mood” rakyat sedang condong ke arah Umno maka sewajarnyalah PRU perlu diadakan segera.

“Nak tunggu apa lagi…?

“Bak kata timbalan presiden (Mohamad Hasan) buek apo tunggu lamo-lamo, takut anak daro dicuri orang,” katanya

Langkah parti pembangkang menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan perlu dicurigai. Hakikatnya pembangkang tidak pernah berhenti mahu menghancurkan Umno.

“Apabila mereka bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman (MOU), ia bererti mereka ada muslihat tertentu.

“Saya percaya, mereka menerima kita kerana mereka tahu itulah cara mereka boleh membunuh kita. They never love us!

“Bacalah perlembagaan setiap parti lawan kita. Sedarlah! You are sleeping with your enemies. Mereka menyimpan belati dalam selimut kita.

“Apakah kita mahu menyambung MOU itu lagi?” katanya.

PAU kali ini mesti mendengar suara akar umbi yang meminta agar mandat baharu diperolehi melalui PRU ke-15.

“Janganlah guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung, namun tidak setitis pun hujan jatuh ke bumi.

“Untuk itu, saya mengharapkan agar kita kembali kepada rakyat. Serahkan semula kepada mereka. Berilah mandat baru kepada Umno.

“Ketika orang sayang kita, sambutlah kasih sayang mereka. Jangan ditagih kasih itu selepas ianya hilang. Makin bertangguh, makin melaratlah rakyat, makin rosaklah negara,” kata Zahid Hamidi.

Rakyat sudah bosan dengan keadaan ekonomi negara yang sangat tidak stabil. Keadaan ini menyukarkan mereka merancang masa depan keluarga. Hanya kestabilan politik mampu mengembalikan ekonomi yang kukuh. Dan mereka tahu kestabilan politik hanya boleh dicapai apabila Barisan Nasional memerintah negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker