PAU 2021: Semua menteri UMNO setuju adakan PRU sebelum pemilihan parti

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Reezal Merican Naina Merican mendakwa menteri-menteri parti itu bersetuju agar pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan sebelum pemilihan parti.

Reezal yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, penting untuk menguatkan saf kepimpinan parti sebelum masuk ke gelanggang pilihan raya, seperti yang ditekankan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya.

“Selalunya penilaian dibuat, apa yang memberi keuntungan kepada parti. Kalau dikatakan tempoh pilihan raya dengan tempoh pemilihan parti saling bersaingan, perlu didahulukan pilihan raya.



“Saya rasa semua kami di pihak menteri (Umno) mempunyai pemahaman yang sama (dahulukan PRU) dan sebab itu, saya rasa tak timbul (isu) itu sebenarnya,” katanya merujuk kepada dua kumpulan yang berbeza pandangan mengenai tempoh sesuai pemilihan parti.

Terdahulu, dalam ucapan dasarnya, Zahid mendedahkan terdapat gerakan yang “membayar” akar umbi supaya mendesak pemilihan parti diadakan sebelum PRU15.

Dalam pada itu, Reezal berkata, Umno harus mengambil peluang ketika parti itu sedang mengetuai Jemaah Menteri selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum pada 2018.

“Kali ini (kerajaan) diperintah oleh Perdana Menteri orang Umno. Beliau membawa perjalanan yang bagaimana parti kita bermula 2018 menjadi pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021.



“Tak masuk akal sebenarnya kerana kita pernah ditolak rakyat tapi akhirnya Tuhan mula buka laluan, lorongan … takdir kita masuk sebahagian dalam kerajaan (Perikatan Nasional) kerana runtuhnya Pakatan Harapan (PH) yang bukan dibuat oleh kita tetapi oleh hasil tangan mereka.

“Kita datang sebagai pelengkap, penstabil untuk mewujudkan kerajaan.”

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara



Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]



Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker