Bubar parlimen: UMNO hanya cadang kepada PM, keputusan akhir ditangan Agong

Bekas Pengarah Pilihan Raya Umno mengingatkan keputusan untuk mencadangkan pembubaran parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong mungkin tidaklah semudah yang disangka sesetengah pihak.

Menurut Tajuddin Abdul Rahman memanglah Umno boleh membuat permintaan kepada wakil mereka yang ada dalam kerajaan untuk mencadangkan langkah awal pelaksanaan pilihan raya umum (PRU) tersebut.

Namun pada akhirnya kata Tajuddin, keputusan akhir terletak pada pertimbangan Agong.



“Dari segi perlembagaan yang menasihatkan Agong bukan perdana menteri seorang, (tapi) itu keputusan kabinet.

“Perdana menteri bawa (cadangan) ke kabinet, kalau kabinet setuju barulah perdana menteri boleh bawa menghadap Agong.

“Kalau kabinet tak setuju tak ada apa yang boleh dibawa perdana menteri kepada Agong,” katanya kepada media selepas berakhirnya ucapan dasar presiden di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur hari ini.

Sekumpulan pemimpin dalam Umno – termasuk di peringkat tertinggi – secara jelas mahu usaha membubarkan parlimen dilakukan segera dan mengisyaratkan kehendak itu kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob beberapa kali.



Itu nasihat Agong

Ismail Sabri ialah seorang daripada tiga naib presiden Umno.

Bagaimanapun ada kumpulan lain yang berpendapat belum masanya untuk PRU dijalankan.

Untuk rekod kabinet Keluarga Malaysia membabitkan bukan saja ahli parlimen Umno-BN tetapi juga pemimpin dua parti yang sering dikecam mereka iaitu Bersatu dan PAS.



Kata Tajuddin jika nanti kabinet bersetuju untuk menasihatkan agar parlimen dibubarkan, Agong juga mempyunyai kuasa untuk menerima atau menolak cadangan tersebut.

Tambah ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dilantik itu, parti sendiri tidak boleh tahu sama ada PRU ke-15 boleh diadakan mengikut kehendak mereka.

“Kita hanya boleh berusaha, merayu, mencadang… itu boleh,” katanya.

Tajuddin juga menjangkakan akan ada perbezaan pandangan dalam kalangan perwakilan terhadap cadangan tersebut.



Katanya ada ahli yang berpendapat sekarang adalah masa untuk Umno menumpukan khidmat mereka kepada rakyat yang sedang berdepan dengan pelbagai masalah.

“Itulah juga nasihat Agong dalam titah baginda semasa merasmikan parlimen baru-baru ni,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker