Bukan Tertunggak Tapi Terlebih Bayar, Kami Tak Berhutang Dengan Azwan Ali

Bukan Tertunggak Tapi Terlebih Bayar, Kami Tak Berhutang Dengan Azwan Ali

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas menegaskan tidak ada sebarang isu hutang di antara stesen TV itu dengan bekas pengacara program Mic On Musim Kedua (Mic On 2), Azwan Ali seperti yang didakwa Azwan sebelum ini.

Adam berkata, baki bayaran untuk Azwan selaku pengacara sudah dilunaskan pada hari sama namanya digugurkan.



“Pihak Awesome TV memandang serius akan pertuduhan itu kerana pembayaran penuh untuk 10 minggu sudah pun dibuat pada hari yang sama dia digugurkan iaitu pada 8 Mac lalu walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu saja.

“Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat beliau juga sudah dikeluarkan pada hari yang sama,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, isu itu sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan.

“Isu bayaran untuk program Mic On 2 sudah selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini.

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program Mic On 2 yang masih berbaki empat minggu lagi,” katanya.



Ditanya mengenai pengacara yang bakal menggantikan Azwan dan bergandingan dengan Issey Fazlisham, Adam berkata, pihaknya akan mengumumkan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

“Dalam pada itu, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat pengacara jemputan untuk digandingkan bersama pengacara sedia ada, Issey bagi memeriahkan lagi konsert mingguan Mic On 2.

“Nantikan pengumuman rasmi dalam jangka masa terdekat ini,” katanya.



Mic On 2 bersiaran pada setiap Jumaat jam 9 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112.-HM

Bukan Tertunggak Tapi Terlebih Bayar, Kami Tak Berhutang Dengan Azwan Ali

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker