Peniaga tunggu pengumuman harga telur

Peniaga tunggu pengumuman harga telur

SEBERANG PERAI – Rata-rata peniaga di sini tidak sabar menantikan berita baik mengenai harga telur ayam baharu yang akan diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu hari ini.

Seorang peniaga nasi lemak, Kholijah Awang, 44, berkata, harga telur ayam Gred B terkini yang sering digunakan sebagai lauk sampingan berharga kira-kira RM13.50 hingga RM14 sepapan berbanding sebelum ini berharga RM12.00 sepapan.



Menurutnya, kenaikan harga mendadak menyebabkan pulangan yang diterima tidak begitu memberangsangkan ketika ini.

“Memang rasa tertekan dengan harga telur ayam sekarang. Kalau nak guna telur yang lebih murah seperti Gred C mahupun D susah nak dapat sekarang.

“Berniaga pun setakat balik modal saja. Nak menyimpan jauh sekali. Kalau harga telur goreng pula RM1.50 sebiji. Kalau sebelum ni harga RM1.00 sebiji.

“Harap ada berita baik mengenai harga telur ayam yang baharu, kerana bagi peniaga kecil-kecilan macam saya agak sukar nak bertahan jika harga telur ayam sentiasa mahal di pasaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sebuah pasar awam dekat sini.



Tinjauan Kosmo! di pasar awam sekitar Seberang Perai mendapati harga telur ayam Gred A, B dan telur ayam Omega masing-masing berharga RM18.00, RM16.50 dan RM22 sepapan manakala telur ayam Gred C dan ke bawah tiada bekalan.

Seorang lagi peniaga nasi lemak ayam berempah , Bebe Nur Aqeela Mohamad Yunus Khan, 29, berkata, harga telur ayam yang sering digunakan adalah jenis Gred C berharga RM10.20 sepapan yang dibeli melalui pembekal telur di Sungai Seluang dekat Lunas, Kedah berikutan harganya lebih murah.

“Terpaksa dapatkan bekalan telur di Lunas, Kedah memandangkan harganya lebih murah. Kalau tidak, harga telur ayam Gred C boleh mencecah sehingga RM12 sepapan.

“Semoga lepas pengumuman nanti dapat beri kelegaan buat kami sebagai peniaga,” katanya.



Terdahulu, media melaporkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dijangka akan membuat pengumuman mengenai harga telur ayam yang lebih murah bagi mengurangkan kebergantungan bekalan telur kepada kartel pada hari ini. K Online

Peniaga tunggu pengumuman harga telur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN



Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker