Ruby Estrela de Fura bernilai RM161 juta

Ruby Estrela de Fura bernilai RM161 juta

Batu delima terbesar dilelong di New York dengan jumlah rekod jualan AS$34.8 juta (kira-kira RM161.4 juta).

BBC melaporkan Sotheby’s, yang melelong permata 55.22 karat itu menyifatkan ia sebagai permata hanya ada sekali dalam seumur hidup.



Batu permata sudah digilap itu asalnya dalam bentuk kasar adalah seberat 101 karat apabila ditemukan tahun lalu di sebuah lombong di Mozambique, di mana terdapat simpanan batu delima yang meluas di tanah utara negara itu.

Permata yang jarang ditemukan itu digelar Estrela de Fura, yang bermaksud Bintang Fura dalam Bahasa Portugis, dinamakan sempena lombong di mana ia ditemukan.

Ketua Sotheby’s Jewellery di New York, Quig Bruning berkata, dia terus terpesona apabila pertama kali melihat batu permata itu.

“Dengan saiznya yang tidak pernah berlaku dilihat sebelum ini, memiliki warna menusuk kalbu dan tahap ketelusan serta kejelasan optik juga jarang terjadi.



“Ia benar-benar layak mendapat harga yang memecahkan rekod hari ini, kerana ia kini menyertai barisan batu permata paling legenda di dunia,” katanya.

Bruning berkata, sebahagian daripada hasil penjualan Estrela de Fura diperuntukkan untuk menubuhkan sebuah akademi yang menyediakan latihan teknikal dalam bidang perlombongan, kejuruteraan, pertukangan dan pertanian.

Lombong delima Mozambique Fura terletak di daerah Montepeuz di wilayah Cabo Delgado, di mana terjadinya pemberontakan militan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Cabo Delgado adalah satu daripada kawasan termiskin di Mozambique, tetapi ia kaya dengan sumber mineral yang belum diterokai.



Penganalisis berkata pemberontakan yang bermula pada 2017, didorong oleh kekecewaan mengenai kekurangan pekerjaan tempatan. HM

Ruby Estrela de Fura bernilai RM161 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi



Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker