Kerajaan Selangor anggar kerugian akibat banjir berjumlah RM1.4 bilion
SHAH ALAM, 2 Rejab 1443H, Jumaat – Kerajaan Selangor menganggarkan kerugian akibat banjir yang melanda negeri itu pada Disember tahun lepas adalah sekitar RM1.4 bilion termasuk kos baik pulih infrastruktur kira-kira RM400 juta.
Menteri Besar Datuk Amirudin Shari berkata jumlah itu dikira secara kasar iaitu melibatkan 100,000 rumah atau keluarga yang terjejas dengan anggaran kerosakan paling minimum iaitu RM10,000.
“Jika kereta atau rumah mereka rosak mungkin angka (kerugian) lebih besar… Dalam catatan yang dibuat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), seingat saya adalah RM3 bilion hingga RM4 bilion,” katanya pada sidang media khas di sini.
Beliau berkata bagaimanapun, jumlah itu adalah anggaran DOSM dengan mengambil kira setiap rumah terjejas mengalami kerugian kira-kira RM14,000. – Bernama
Kerajaan Selangor anggar kerugian akibat banjir berjumlah RM1.4 bilion
Baca Artikel Menarik:
- “Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”
- Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam
- Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….
- 12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece
- Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen
- Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil
- Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS
- Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid
- PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa?
- Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu
- Rider tercampak dilanggar lari (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.