Georgina tayang ‘aset’ Ronaldo

Georgina tayang ‘aset’ Ronaldo

Penyokong berkesempatan melihat garaj mengagumkan milik Cristiano Ronaldo apabila pasangannya, Georgina Rodriguez berkongsi lawatan di rumah agam mereka.

Dalam garaj bintang Manchester United itu, dia memiliki pelbagai jenis jentera dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM96 juta.



Antaranya adalah Bugatti Chiron berharga RM11 juta, Ferrari 599 GTO yang dianggarkan bernilai RM2.8 juta disusuli McLaren Senna berharga RM4.2 juta.

Terdapat juga Rolls-Royce Cullinan (RM1.7 juta) serta ‘saudaranya’, Rolls-Royce Phantom Drophead coupe bernilai RM2.8 juta.

Di sebelah lain, Georgina turut mendedahkan Bugatti Veyron (RM8.5 juta), Mercedes-Benz S65 AMG berwarna putih (RM1.1 juta), McLaren MP4-12C berwarna oren (RM1.2 juta), Lamborghini Aventador (RM1.5 juta) dan hadiah daripada Georgina sendiri, Merc G-Wagon Brabus berharga RM3.4 juta).

Di satu lagi bahagian garaj itu, terdapat sekurang-kurangnya empat lagi kereta iaitu Ferrari berwarna perak, Mercedes AMG GLE 63 serta satu lagi Merc yang digunakan untuk kehidupan seharian.



Ronaldo turut menambah Bentley Flying Spur berharga RM1.4 juta dalam koleksinya selepas pulang ke England meskipun sudah memiliki Bentley Continental GT sebelum ini.

Selain itu, Ronaldo turut memiliki kereta edisi terhad, Bugatti Centodieci berharga RM8.5 juta yang hanya dikeluarkan sebagai 10 unit sebagai koleksinya pada tahun 2020.

Pada tahun itu juga, dia dilihat mengadakan lawatan ke syarikat Ferrari dan menempah Ferrari Monza berharga RM7.9 juta.

Ronaldo juga memiliki Lamborghini Urus dan Chevrolet Camaro dengan kereta paling murahnya adalah sekitar RM226,000. BH



Georgina tayang ‘aset’ Ronaldo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang



Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker