Elon Musk hilang lebih RM215 bilion

MUSK kekal menjadi individu terkaya di dunia walaupun kekayaannya menyusut sejak awal April lalu. – Getty Images / Sean Zanni

WASHINGTON – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk kehilangan lebih AS$49 bilion (RM215.35 bilion) sejak beliau mengumumkan rancangan untuk membeli rangkaian sosial Twitter bulan lepas, lapor laman berita RT.

Menurut Indeks Bilionair Bloomberg, Musk bagaimanapun kekal di kedudukan teratas senarai individu terkaya walaupun sekitar satu perlima kekayaannya menyusut sejak awal April lalu. Dia kini memiliki kekayaan mencecah AS$209.9 bilion (RM922.19 bilion).

Pada Rabu lalu, saluran berita itu mendakwa bahawa kerugian Musk sebahagiannya disebabkan oleh penurunan harga saham Tesla ke paras terendah tahun ini, menyebabkan beliau kehilangan kira-kira AS$12.3 bilion (RM54.04 bilion).

Bloomberg menjelaskan bahawa penurunan mendadak nilai Tesla itu disebabkan oleh kebimbangan pelabur mengenai rancangan Musk membiayai pembelian Twitter.



Nilai saham Tesla susut 18.5 peratus bulan ini selepas merudum 19 peratus April lalu.

Pada 4 April lalu, Musk mendedahkan bahawa beliau memiliki 9.2 peratus pegangan dalam Twitter. Pada 14 April pula, bilionair itu mengumumkan bersedia membeli rangkaian sosial tersebut pada harga AS$44 bilion (RM193.3 bilion).

Bagaimanapun minggu lepas, Musk mengumumkan menangguhkan pembelian itu yang menyebabkan harga saham Twitter jatuh serta-merta sebanyak 20 peratus.

Pada 17 Mei lalu, Twitter memfailkan permohonan awal dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) untuk penjualan sahamnya kepada Musk dan menyatakan, pihaknya komited untuk menyelesaikan perjanjian jual beli itu secepat mungkin. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker