Tragedi telekung tersangkut tayar motosikal

Tragedi telekung tersangkut tayar motosikal

KUALA PILAH: Seorang lelaki maut, manakala isterinya cedera akibat kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat maghrib di Masjid Kariah Juasseh Seberang, Jalan Juasseh Terusan Seberang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, motosikal ditunggang pasangan warga emas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas apabila telekung yang dipakai isteri mangsa tersangkut pada tayar belakang kenderaan berkenaan.



Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani, berkata mangsa lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah kira-kira jam 3.50 pagi tadi.

“Berlaku satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal di Jalan Juasseh Terusan Seberang berdekatan Masjid Kariah Juasseh Seberang, kira-kira jam 7 malam tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang seorang lelaki berumur 64 tahun bersama pembonceng seorang wanita berusia 60 Tahun dalam perjalanan dari rumah menghala ke masjid itu untuk menunaikan solat maghrib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setiba di lokasi insiden, beliau berkata, dipercayai telekung pembonceng termasuk ke bahagian tayar belakang menyebabkan motosikal itu hilang kawalan lalu terbabas dan kedua-dua mangsa terjatuh ke jalan raya dan tidak sedarkan diri.



Susulan itu, katanya, pasangan berkenaan dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, beliau berkata, anggota Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah menerima panggilan telefon dari Unit Forensik, Hospital Kuala Pilah, pada jam 3.53 pagi tadi memaklumkan bahawa penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah.

“Pembonceng wanita pula mengalami kecederaan di bahagian muka, bibir berjahit dan patah beberapa batang gigi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. BH



Tragedi telekung tersangkut tayar motosikal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker