China tinggalkan Amerika dan Rusia dalam teknologi

MUTAKHIR ini cerita pandemik Covid-19 mendominasi media massa di negara ini. Jarang kedengaran cerita projek mega pembangunan atau kisah perlumbaan untuk menguasai teknologi. Malaysia berusaha keras memerangi Covid-19 hinggakan agenda pembangunan kelihatan diabaikan.

Setidak-tidaknya di negara jiran, masih ada usaha membina ibu kota baharu, Nusantara. Dalam skala lebih besar, kita boleh mencontohi China yang tidak pernah ‘tidur’ menjayakan agenda menjadi kuasa teknologi nombor satu dunia.

Terbaharu, laporan South China Morning Post (SCMP) mendedahkan kejayaan China yang yakin sudah mendahului Amerika Syarikat atau Rusia dalam membangunkan teknologi dan perniagaan penerokaan angkasa lepas.



Akhir bulan lalu, Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) berpangkalan di Haidian, Beijing dilaporkan sedang membangunkan teknologi ekonomi angkasa baharu.

Penulis rasa terpempan apabila membaca artikel ini kerana suasana berbeza melanda negara kita.

Penulis berdepan jalan berliku bagi mendapatkan peruntukan sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tinggi bagi pihak Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) Shah Alam gara-gara masalah birokrasi, walhal belanjawan asal telah diluluskan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam satu gambaran berbeza tentang kejayaan China, CNSA sedang menguji beberapa teknologi berkaitan pengurusan diri pintar kapal angkasa, kenderaan lanjutan misi angkasa lepas, pembersihan serpihan angkasa, pendorongan, perkhidmatan dalam orbit dan penyelenggaraan kapal angkasa.



China juga mahu melakukan lebih banyak pendaratan di bulan dan pengaktifan sistem pertahanan asteroid antara matlamat negara tersebut. China percaya ia kuasa angkasa terkemuka mengatasi Amerika dan Rusia.

Malangnya sekali di Malaysia, kita masih bertelagah tentang masalah asas, sekalipun STDC telah berjaya menarik minat bekerjasama dengan syarikat besar dunia seperti Siemens, Apple dan Festo bagi membangunkan kemahiran profesional masyarakat tempatan.

STRATEGI DISRUPTIF

Laporan SCMP menjelaskan antara faktor utama China berbuat demikian ialah kerana mahu mendominasi penguasaan perniagaan di angkasa seperti aktiviti pelancongan angkasa lepas, perkhidmatan pengujian dan penyelenggaraan sistem satelit di orbit, biofarmaseutikal angkasa, perniagaan komunikasi angkasa, navigasi dan penderiaan jauh.



Antara matlamat akhir dalam tempoh lima tahun lagi akan menyaksikan China memiliki stesen angkasa Tiangong dan sistem teleskop bumi resolusi tinggi. Namun CNSA berjanji bersedia untuk menjalin kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa jika situasi mengizinkan.

Penulis percaya China kini telah memasuki era pembangunan teknologi baharu berorientasikan strategi disruptif.

Tahun lalu sahaja menyaksikan China terus unggul meninggalkan mentor negara tersebut, Rusia.

China melakukan terlalu banyak pembaharuan untuk mendominasi teknologi secara keseluruhan termasuk mencipta bulan tiruan yang mematikan kuasa graviti. Perkara ini hampir mustahil untuk difikirkan sebelum ini. Namun, China membuktikan ia sesuatu yang mudah.



Penulis juga ingin menjelaskan maksud strategi disruptif iaitu membangunkan kreatif teknologi dengan cara ‘bertanya’ atau mencari ‘cerapan gangguan’ tanpa bergantung kepada permintaan pengguna.

Jurutera juga mesti sentiasa mencipta maksud sebenar kecemerlangan, evolusi dan kesan gangguan dengan meneroka teori disruptif. Asas ini telah dinyatakan ALLAH SWT menerusi Surah Ali-‘Imran (3:100-105).

Justeru, penulis menyaran jurutera dan teknologis di negara ini segera mengenal pasti perbezaan antara gangguan dan perubahan tambahan atau ikutan. Inovasi membangunkan alat atau sistem baharu yang mendorong gangguan, perlu kembali ke arah nilai-nilai kesempurnaan asal kejadian manusia.

Jurutera dan teknologis perlu mencari semula ‘tenaga dalaman’ dengan nilai kesempurnaan dan keperluan asal kejadian manusia. Kita juga harus kembali menyemak kisah pemikir teknologi awal dunia yang dikuasai Islam khususnya algebra, penerbangan, perubatan, matematik, cerapan dan sains.



Jadi, apakah yang boleh kita tiru daripada China. Mungkin China sudah terlalu jauh meninggalkan Malaysia. Suatu ketika dahulu, China bermula sebagai tukang tiru yang sering diperlekehkan dunia Barat, kini mendahului Amerika dan Rusia dalam segenap aspek teknologi.

Barangkali di Malaysia, kini boleh bermula dengan mendidik pentadbir memudahkan urusan mendapatkan peruntukan demi pembangunan teknologi tinggi di negara ini.

* Prof Ir Dr Muhidin Arifin ialah Ketua Pegawai Operasi Selangor Technical Skills Development Centre Selangor

China tinggalkan Amerika dan Rusia dalam teknologi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker