Greenwood didakwa belasah teman wanita

Greenwood didakwa belasah teman wanita

MANCHESTER – Bintang muda Manchester United, Mason Greenwood didakwa melakukan keganasan fizikal terhadap teman wanitanya, Harriet Robson.

Ia selepas tindakan Robson memuat naik foto menunjukkan kesan darah di bibirnya dan beberapa kesan lebam di bahagian kaki dan tangan menerusi Instagram Story di akaun peribadinya, @hasrobson beberapa jam yang lalu.

Robson turut memuat naik kenyataan yang tertera “Kepada sesiapa yang mahu mengetahui apa sebenarnya Mason Greenwood lakukan kepada saya” dalam hantaran berkenaan.

Tidak lama kemudian, Robson memuat naik beberapa rakaman suara yang mendakwa Greenwood bersikap kasar dan mengugutnya dalam Instagram Story miliknya.

Kontroversi itu mengejutkan ramai pihak sehingga menjadi trending di laman sosial Twitter memandangkan Greenwood adalah salah seorang bakat muda yang mempunyai masa depan cerah bersama United.


ROBSON mendakwa dirinya dibelasah oleh Greenwood menerusi hantaran dalam Instagram Story miliknya. – INSTAGRAM HARRIET ROBSON

Berdasarkan laporan media-media England, United enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut, namun menegaskan pihaknya tidak berkromponi dengan sebarang insiden keganasan.

“Kami sedia maklum mengenai gambar-gambar dan dakwaan yang tular di media sosial. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan sehingga mendapat kesahihan fakta,” menurut kenyataan itu.

Sekiranya dakwaan Robson benar, ia bakal menyebabkan karier Greenwood berada dalam keadaan bahaya sekali gus mampu menjejaskan masa depan penyerang berusia 20 tahun itu. K Online

Greenwood didakwa belasah teman wanita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker