Momentum Hakim Danish terhenti

Momentum Hakim Danish terhenti
HAKIM Danish bagaimanapun perlu segera melupakan kekecewaan. FOTO Ihsan ZK Racing

Kuala Lumpur: Hasrat pelumba negara, Hakim Danish Ramli untuk meneruskan momentum positif dalam Kejuaraan Dunia Moto3 2026 tidak kesampaian apabila gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Britain selepas terjatuh pada pusingan ketujuh.

Dalam perlumbaan di Litar Silverstone itu menyaksikan Hakim yang mengemudi jentera AEON Credit-MT Helmets-MSi tidak berjaya peroleh sebarang mata pada pusingan ke-12 kejuaraan dunia itu.

Pelumba negara berusia 19 tahun itu memulakan perlumbaan dari petak kesembilan selepas mencatat masa 2 minit 9.977 saat dalam sesi kelayakan, sekali gus meletakkannya dalam kelompok 10 terbaik di grid permulaan.

Bagaimanapun, peluang untuk Hakim Danish mempertahankan kedudukan berkenaan tidak berpanjangan apabila dia terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan baru memasuki pusingan ketujuh.

Keputusan berkenaan pastinya mengecewakan pelumba kelahiran Terengganu itu selepas dia mencipta sejarah musim ini dengan menghadiahkan Malaysia kemenangan sulung dalam kelas Moto3 sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040… Hala Tuju Pembangunan 15 Tahun


Kegagalan mengutip mata di Silverstone turut memberi kesan kepada kedudukan keseluruhan Hakim Danish apabila dia turun satu anak tangga ke tempat kelapan dengan 86 mata.

Pelumba Argentina, Valentin Perrone kini memintas Hakim Danish untuk menduduki tangga ketujuh selepas mengumpul 95 mata.

Perrone dari KTM Tech3 menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang juara, David Almansa (Intact GP) dan naib juara, Alvaro Carpe (KTM Ajo).

Hakim Danish bagaimanapun perlu segera melupakan kekecewaan itu apabila saingan akan beralih ke Aragon, Sepanyol, dengan misi untuk kembali menemui rentak kemenangan dan mengutip mata.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker