JDT hampir rentap ego Chelsea

Iskandar Puteri: Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir menyentap keegoan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea apabila berjaya melakar keputusan seri 3-3 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.
Dalam perlawanan itu agak menarik apabila Arif Aiman Hanapi memakai lilitan kapten dan kerap memakai jersi bernombor 42 tapi bertemu kelab yang bergelar The Blues itu, dia memakai jersi bernombor 10.
Sebaik perlawanan bermula Chelsea di bawah kendalian Xabi Alonso memberi tekanan awal pada minit kedua terhadap benteng skuad Harimau Selatan apabila Nicolas Jackson melakukan rembatan dari luar kotak penalti tapi sekadar melewati palang gol.
Skuad kendalian Xisco Munoz turut memiliki peluang apabila mengundang cemas benteng The Blues selepas Marcos Guilherme hampir mencetus jaringan pada minit ketujuh namun di halang Tosin Adarabioyo bagi memastikan gawang Chelsea tidak dibolosi.
Namun serangan balas anak buah Munoz selang dua minit kemudian menggamatkan suasana stadium yang dibanjiri lebih 28,000 penyokong selepas gerakan yang dimulakan Guilherme tepat kepada Arif Aiman yang tidak dikawal menolak bola menewaskan penjaga gol, Eddy Sharman Lowe untuk meletak JDT mendahului 1-0.
Ia jaringan kedua buat Arif Aiman dalam aksi persahabatan antarabangsa selepas melakukannya ketika menentang Borussia Dortmund pada aksi di Stadium Larkin pada 28 November 2022 yang berkesudahan JDT tewas 1-4.
Peluang terbaik JDT menambah jaringan hadir pada minit ke-32 selepas larian pantas Oscar Arribas berjaya melepasi kawalan Jamie Gittens namun bola rembatan deras pemain sayap kanan Harimau Selatan itu hanya sipi daripada gawang gol ketika Sharman Lowe sudah tertewas.
Chelsea bangkit menyamakan jaringan ketika aksi berbaki lima untuk ditamatkan pada babak pertama selepas Kevin Medina melakukan kekasaran terhadap Liam Delap di dalam kotak penalti yang menyaksikan pengadil Tuan Mohamad Yaasin Tuan Mohd Hanafiah tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan sendiri oleh Delap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Pendang Terus Bersama Rakyat, Bukan Bermusim Teruskan Perjuangan
- Kerjasama Bersama KEMAS Perkukuh Agenda Pembangunan Komuniti Putrajaya
- RMMJ Bukan Sekadar Janji, Kerajaan Johor Pastikan Rakyat Terima Kunci Rumah
Reezal Merican Semarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Perkukuh Patriotisme
Berbaki seminit untuk ditamatkan pada babak pertama, Delap hampir menambah jaringan namun bola sepakan leret hanya sipi dari gawang gol ketika Ahmad Syihan sudah menutup ruang bagi mengelak bola menerjah jaring.
Bersambung babak kedua, JDT hampir menambah jaringan pada minit ke-48 selepas bola tolakan Eddy Israfilov membuka ruang buat Shahab Zahedi yang berjaya melepasi perangkap ofsaid namun bola rembatan leret berjaya ditangkap penjaga gol gantian, Gabriel Slonina.
Semangat JDT tersentap selepas Tuan Mohamad Yaasin sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-61 apabila mengesan tindakan Israfilov mengasari Gittens di dalam kotak penalti dan Delap tidak mensia-sia untuk mencetak gol kedua peribadi bagi memastikan Chelsea di depan 2-1.
Namun jaringan Chelsea itu tidak bertahan lama apabila Arribas berjaya menyempurnakan sepakan percuma selang tiga minit kemudian selepas bola sepakan lencong terbias benteng The Blues sekali gus memerangkap Slonina untuk meletak kedudukan 2-2.
Kesilapan yang berpunca daripada tindakan Dario Essugo menolak bola ke belakang pada minit ke-86 membuka ruang buat pemain gantian Bergson da Silva untuk menggelecek dua pemain pertahanan The Blues sebelum merembat leret tepat ke penjuru kanan menewaskan Slonina.
Chelsea menarik nafas lega untuk bangkit menyamakan jaringan apabila pemain JDT, Antonio Glauder tertanduk ke gawang sendiri pada minit ke-89 menyaksikan Ahmad Syihan hanya mampu melihat bola menerjah jaringan dan kedudukan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.