Kai Wun-Roy King takluk Masters Korea, kaut RM80,700

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Tee Kai Wun-Yap Roy King muncul juara Masters Korea selepas menewaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik pada aksi final di Asan, sebentar tadi.
Dalam aksi final, Kai Wun-Roy King dilihat lebih mendominasi permainan selain berjaya memanfaatkan beberapa kesilapan lawan untuk menang straight set 21-13, 21-18 dalam tempoh 31 minit.
Pertembungan sesama sendiri itu menyaksikan kedua-dua pasangan saling mengenali corak permainan masing-masing.
Meskipun permulaan set pertama berlangsung agak seimbang, selepas kedudukan terikat 11-11, Kai Wun-Roy King terus mempamerkan konsistensi apabila meraih tujuh mata berturut-turut sebelum menutup set berkenaan 21-13 dalam tempoh 11 minit.
Untuk rekod, kejayaan kedua-dua pasangan negara mara ke final itu turut menyaksikan gelaran berkenaan menjadi kejuaraan Jelajah Dunia pertama tahun ini buat beregu lelaki di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Sebelum ini, hanya gandingan profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya menghadiahkan kejuaraan Jelajah Dunia buat Malaysia musim ini menerusi kejayaan menjuarai Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia.
Selaku juara, Kai Wun-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai AS$19,750 (RM80,700), manakala Wei Chong-Wooi Yik menerima AS$9,500 (RM38,800) selaku naib juara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.